Saya Bangga Jadi Cikgu– Guru Bahasa Inggeris

Terdahulu, seorang penyampai radio terima kecaman dari netizen apabila tindakannya memuat naik video di laman TikTok seolah memperlekehkan seorang guru yang mengajar Bahasa Inggeris di saluran televisyen. Dia bagaimanapun telah digantung tugas dan tampil memohon maaf kepada guru berkenaan.

Guru yang dikenali Rafidah Rahmat ini memuat naik status di laman Facebook, mengakui kelemahan diri dan berjanji akan memperbaiki kemahiran bahasanya demi mendidik anak bangsa.

 

‘Saya bangga jadi cikgu’

Status cikgu Rafidah Rahmat itu telah mencuri perhatian ramai. Rata-rata pengguna media sosial memberi kata-kata positif dan semangat buat dirinya untuk terus mendidik anak bangsa. Posting berkenaan dimuat naik bersama keratan doa agar dimudahkan urusan.

Teruskan semangat cikgu

Rata-rata netizen mengambil kesempatan untuk memberikan kata-kata semangat kepada cikgu Rafidah. Malah, mereka turut menasihati supaya cikgu Rafidah tidak perlu menghiraukan kata-kata mahupun kecaman terhadap orang lain terhadap dirinya. Mereka juga berterima kasih kepada guru berkenaan kerana telah berbakti memberi ilmu kepada para pelajar.

Sumber: Rafidah Rahmat

 

via ohbulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*