Siram tayar kereta dengan air solat hajat? – Netizen belbagai reaksi

Kita tidak disuruh oleh Agama untuk simbah air yasin & air solat hajat untuk tolak bala pada kenderaan yang baru dimiliki , tetapi yang disuruh adalah membaca doa naik kenderaan dan doa keluar rumah untuk mohon perlindungan.

Kita tidak boleh praktik ibadah di dalam kehidupan mengikut logik akal kerana Islam adalah agama ilmu tatkala ia mesti dirujuk kepada dalil Al Quran dan Hadis. Bab masuk tandas sekalipun islam ada ajarkan.

Kalau logik akal kamu mengatakan kenderaan sama ada kereta atau motor yang dibeli perlu disimbah dengan air yasin maka bagaimana nak simbah air yasin & solat hajat pada kenderaan besar kapal terbang , kapal laut dan kapal selam ?

Jangan menunding kepada pelaku, Ini adalah salah kita yang kurang sebarkan dakwah ( ilmu yang sohih ) menyebabkan masih ramai insan yang tak tahu bab ini 😅

Kredit : Muhamad Rizal Johari

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*