[VIDEO] M4rahkan Rider Motosikal, Lelaki Ini ‘Bals Dend4m’ T4bur Pasr Atas Jalan Raya

Rider ataupun penunggang motosikal adalah antara kelompok yang mudah terdedah dengan kemalangan di atas jalan raya berbanding kenderaan lain.

Hanya dengan satu kesilapan kecil boleh meningkatkan risiko penunggang motosikal mengalami kemalangan.

Beberapa hari lepas tular satu rakaman video seorang penunggang motosikal merakam seorang lelaki baru ‘selesai’ menabur pasir di sebuah selekoh jalan raya.

Nasib baik penunggang motosikal ini tidak membawa motosikal dalam keadaan yang laju, jika tidak mungkin dia akan menjadi mangsa ketika itu.

Rata-rata ramai berkongsi komen tidak berpuas hati atas tindakan lelaki itu umpama ‘marah nyamuk, kelambu dibakar’.

Oleh kerana hanya disebabkan kesalahan seorang penunggang motosikal lain, dia mahu balas dendam kepada kesemua penunggang motosikal.

Terdapat satu screenshot perbualan Whatsapp antara kawan lelaki tersebut telah tersebar di grup WhatsApp.

Jelasnya, dia mengakui melakukan perkara tersebut kerana ‘geram’ dengan penunggang motosikal lain yang pernah hampir melanggar anaknya.

Apa yang dilakukan oleh lelaki ini bukan sahaja menyusahkan semua orang, malah boleh meragut nyawa pengguna jalan raya yang lain.

Video tular tabur pasir atas jalan raya

 

 

sumber yoy

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*