Netizen Puji Rider Bawa Geng ‘Support’ Penjual Mainan Tepi Jalan

Sebagai ketua keluarga, sudah pasti akan lebih sedikit gigih dalam mencari wang demi memberi keperluan yang lengkap buat isteri dan anak-anak. Meskipun pekerjaan yang dilakukan itu tidak mudah namun, ibu bapa pasti mahu yang terbaik dan memberi kegembiraan buat anak-anak.

Sama seperti perkongsian di akaun Facebook HARGA RAPAT, yang menceritakan mengenai sekumpulan penghantar makanan yang singgah untuk membeli mainan buat anak-anak yang berada di rumah menanti kepulangan ayah mereka.

Terharu tengok masing2 beli ahli keluarga

Rider kerja 13 jam sehari

Menerusi posting itu, rider makanan tersebut mengakui mereka akan bekerja selama 13jam sehari iaitu bermula 9.00 pagi sehingga 10.00 malam demi menyara ahli keluarga.

Selain itu, pesanan diterima juga agak sedikit berbanding sebelum ini ekoran pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)  yang sedang dilaksanakan.

“Sebak! Mengalir air mata, Terharu tengok abang-abang Food Panda datang beli mainan untuk anak.
“Mereka beritahu masa PKP ini boleh lah dapat 15-25 trip sehari. Kerja 9 pagi sampai 10 malam,” tulisnya.

Apa yang lebih menyedihkan apabila sedang khusyuk memilih hadiah namun terpaksa tinggal dahulu kerana harus menunaikan tanggungjawab menghantar makanan kepada pelanggan.

Bukan senang kerja rider ni

Selain itu, peniaga tersebut juga turut memberi diskaun kepada rider yang membeli hasil jualannya itu dan mendoakan agar urusan mereka sentiasa dipermudahkan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet sebak melihat kepayahan dalam menjalankan amanah sebagai penghantar makanan selain memuji semangat yang tidak pernah putus asa dalam mencari rezeki yang halal.

Sikap yang sangat jujur. Bagus!

Hati2 menunggang abang2 rider

Kadang2 order kan diaorang makanan

Alhamdulillah, semoga peniaga dan kesemua penghantar makana sentiasa murah rezeki dan dilindungi Allah. Bukan senang nak senang!

Sumber: HARGA RAPAT

Ohmymedia