Uncategorized

Suprise kan suami Berkepok, tapi Netizen yang panas

Baru-baru ini, perkongsian seorang wanita di aplikasi TikTok mencuri perhatian netizen apabila dirinya dilihat menyelitkan beberapa ‘cekak’ duit ke dalam beg suaminya.

 

Menurut wanita yang dikenali sebagai Ellena Sazlin itu, suatu hari dia terdetik hati untuk menyemak beg yang sentiasa dipakai oleh suaminya.

 

Namun melihat beg lelaki itu kosong, dia bertindak memberikan duit secara senyap-senyap kepada suaminya.

 

Hargai sokongan suami

Ceritanya lagi, dalam kehidupan berumah tangga dia tidak pernah kedekut atau berkira dengan suaminya.

Apatah lagi, apabila selama ini si suami merupakan tulang belakang yang selalu menyokong dirinya sehingga dikurniakan rezeki melimpah ruah.

Selain itu, wanita terbabit turut menasihati agar semua orang menghargai pasangan hidup masing-masing di saat susah atau senang.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut melihat jumlah duit yang diselitkan dalam beg lelaki itu.

Ambil pengajaran positif

Meskipun niatnya mungkin ingin menjadi inspirasi kepada pasangan lain, tetapi netizen menegur agar wanita itu berhati-hati dengan perkongsian sebegitu supaya tidak menimbulkan ‘riak’.

Sumber : TikTok @ellenasazlin93

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *