‘Sila p4dam gambar saya bersama bek4s suami dan pulangkan 19 kotak barangan saya’ – Nadia Brian

Pelakon, Nadia Brian meminta semua pihak tidak menggunakan atau mencantumkan gambar dia bersama bekas suami, Muizz Nasruddin dalam apa saja artikel mahupun siaran.

 

Nadia ketika dihubungi juga meminta supaya Muizz memadam semua gambarnya yang ada dalam simpanan termasuklah di mana-mana platform media sosial.

“Saya mohon kepada semua pihak supaya tidak menggunakan gambar saya bersama bekas suami, tidak kiralah gambar bersama dalam satu foto atau gambar yang dicantumkan. Saya tak mahu ada apa-apa kaitan dengannya lagi.

 

“Saya juga minta Muizz supaya memadam gambar-gambar yang ada kaitan dengan saya tidak kiralah sama ada dalam simpanannya atau di platform media sosial,” katanya kepada Harian Metro.

 

Menurut pelakon filem Ratu Kala Jengking ini, selain gambar ada beberapa barangnya yang masih disimpan Muizz.

“Ada 19 kotak mengandungi barangan yang saya beli sendiri, hadiah peminat, barangan daripada pereka fesyen dan tajaan milik saya masih ada dengannya. Saya harap dia dapat pulangkan barang-barang itu kerana kami sudah tak ada sebarang kaitan,” katanya.

Dikritik netizen kerana kerap berada di luar walaupun baru seminggu bercerai, Nadia menegaskan bahawa dia keluar untuk bekerja dan mencari rezeki bagi menyara kehidupannya bersama ibu serta neneknya. “Saya keluar bekerja. Memanglah di Instagram nampak macam saya sendiri tapi itu semua adalah atas urusan kerja. Saya tahu ada netizen kritik dan saya berterima kasih kepada yang faham dengan situasi saya,” katanya.

Nadia dan Muizz berkahwin pada 9 November 2019, namun, kebahagiaan mereka hanya berlangsung selama enam bulan.

 

“Saya bersyukur kerana episod hitam sudah berakhir. Walaupun hanya bertahan selama enam bulan, proses perceraian saja memakan masa hampir setahun,” katanya.

 

Terbaru, Nadia kini sedang menjalani penggambaran filem komedi berjudul Rumah Maduku Berhantu bersama Zizan Razak dan Rita Rudaini.

 

Sumber: Metro

Via : http://trendinggiler.pw/2021/04/09/sila-p4dam-gambar-saya-bersama-bek4s-suami-dan-pulangkan-19-kotak-barangan-saya-nadia-brian/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*