Uncategorized

Tak kisah Instafamous jadi pelakon, bosan tengok pelakon lama-Erma Fatima

Sebelum ini ramai pelakon meluahkan rasa kesal dengan sikap segelintir pendatang baharu seolah tidak serius berlakon, namun lain pula dengan Erma Fatima yang tidak kisah golongan Instafamous menjadi pelakon.

 

Pengarah dan pelakon terkenal itu berkata dia melihat kedatangan muka baru dalam industri sebagai suatu perkembangan yang baik namun perlu hadir dengan niat yang betul.

“Saya tiada masalah untuk golongan Instafamous atau mana-mana artis BBNU nak jadi pelakon, saya mengalu-alukan kedatangan mereka tapi ia perlulah datang dengan niat yang betul.

“Janganlah pula kau baru berlakon tapi dah ada cerita buruk skandal sana sini atau ada gambar bogel.. itu merosakkan nama industri. Tapi kalau niat betul untuk cari rezeki, saya okay saja,” katanya.

 

Erma turut memberikan pendapatnya bahawa golongan pelakon senior perlu menerima hakikat bahawa setiap pelakon ada ‘tempoh luput’ dan menerima dengan terbuka kehadiran pelapis baru.

“Industri kita ini kekurangan pelakon dan yang marah-marah itu pun tahu mengenai perkara ini.

“Takkan balik-balik nak guna Remy Ishak, Zul Ariffin atau Shukri Yahaya sahaja, nanti orang kata, asyik muka pelakon yang sama,” katanya.

Sumber :https://www.facebook.com/269301935826/posts/10159516360995827/.

 

Artikel Sebelumnya,

TIDAK TEPATI MASA KETIKA DI SET – SITI ELIZAD BENGANG DENGAN PELAKON Baru.

Menerusi satu entri yang dimuat naik di InstaStories, penyampai radio Sinar dan aktres Siti Elizad, 36, telah meluahkan rasa bengang apabila terdapat seorang pelakon baharu yang tidak menepati masa ketika di set penggambaran. Kata Elizad, bukan soal baru atau lama yang jadi persoalan tetapi masalah yang dilakukan itu telah mengganggu kerja orang lain.

 

Ada seorang pelakon baharu ni, baru nak berjinak-jinak dalam dunia lakonan dah buat hal dengan datang lambat. Sebenarnya bukan soal baru atau lama. Kita sama-sama cari rezeki. Ini pasal tak hormat calltime orang lain. Kamera dah pacak dah siap semua lepastu kena menunggu berjam-jam. Dah la dia datang dengan belum bersiap, bazir masa lagi,” katanya ketika dihubungi.

 

Pelakon drama ‘Puteri Yang Ditukar’ itu menegaskan dia bukan ingin berlagak seorang diva atau senior. Namun, perkara itu harus disedari kerana berpunca dari diri yang tidak berdisiplin.

 

“Masa jawab dalam group WhatsApp orang tanya kat mana, dia macam tak bersalah. Tapi sebab saya dah berbunyi baru dia minta maaf. Saya memang geram betul. Masalah sekarang saya bukan nak tunjuk diva, cuma saya ada nasihat dia.

“Nak jadi pelakon tak boleh ada alasan datang lambat walau dari pelosok negeri mana. Saya tak boleh terima. Takda alasan untuk dua jam lambat! Itu bukan lambat, itu masalah diri sendiri. Sebab bila lambat dah membabitkan team produksi,” ujarnya.

 

Dalam pada itu, pemilik nama Siti Elizad Mohamad Sharifuddin mengingatkan kepada semua orang supaya menghormati masa orang lain: “Tolong la hormat calltime orang lain, nak berjaya dalam hidup biasakan bangun awal dan jangan cari masalah kat tempat kerja.

 

“Saya sendiri amalkan kalau masa kerja saya mesti datang sejam awal atau setengah jam sebelum,” kata Elizad yang sebelum ini ada memuat naik sebuah entri yang berbau marah pada Jumaat lalu.

Sumber :http://www.myartis.com/2020/07/tidak-tepati-masa-ketika-di-set-siti.html?m=1.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *