Tengah sental periuk lepas majlis, pengantin terkejut disimbah sisa kotoran

Sekiranya melangsungkan kenduri kahwin di kampung, boleh dilihat pasangan pengantin turut berganding bahu untuk mencuci pinggan serta periuk belanga selepas majlis.

Tidak terkecuali bagi pengantin baru ini yang gigih menyental periuk bersaiz besar menerusi perkongsian sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna aplikasi TikTok @nurulainul944.


Menerusi rakaman video berdurasi 29 saat itu, tidak semena-mena pasangan tersebut disimbah air kotoran atau sisa cucian daripada orang sekeliling mereka.

Namun walaupun kelihatan terkejut dan dipenuhi kesan kotoran, pasangan itu masih boleh bergelak ketawa sebelum membersihkan diri antara satu sama lain.

Meninjau ke ruangan komen, segelintir warganet menganggap tindakan itu adalah ‘normal’ dalam suasana rewang sebagai kenang-kenangan.


Bagaimanapun, ada juga netizen memberikan pendapat bahawa tindakan berkenaan disifatkan agak keterlaluan kerana terdapat cara lain untuk bergurau.

Sumber: TikTok @nurulainul944

Via https://ohmymedia.cc/gigih-sental-periuk-lepas-majlis-pengantin-terkejut-disimbah-sisa-kotoran/?utm_source=fb_page&utm_campaign=publer&utm_medium=Oh+My+Media&fbclid=IwAR1ySH6EeqdghRyCSm9oNztyRDxkLsH65cPENkx5Lo-YM8lMR4pyZIgxpoA

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*