Dulu bergaya ikut trend, siapa sangka pem3rgian seseorang asbab gadis ini berubah… akui nikmatnya sukar digambarkan, apa yang berlaku sebenarnya?

SETIAP orang pasti mahu menjadi insan yang lebih baik berbanding hari sebelumnya.

Begitu juga dengan gadis ini yang akhirnya membuat keputusan untuk berhijrah kepada imej yang lebih Islamik.

Sebagaimana individu lain yang mempunyai cerita tersendiri, gadis ini juga mempunyai kisah di sebalik penghijrahannya.

Berkongsi cerita dengan mStar, gadis yang dikenali sebagai Suzeylaika berkata pemergian ibu saudara kesayangannya pada tahun lalu begitu memberi kesan sehingga hatinya terdetik untuk melakukan perubahan.

“Ibu saudara meninggal dunia kerana penyakit kanser payvdara dan masalah hati. Umurnya sekitar 50-an. Saya memang rapat dengan arwah, ibarat ibu kedua.

“Bila arw4h men1nggal dunia dengan sangat mudah, dalam keadaan menutup aurat dengan sempurna, lihat pula raut wajahnya yang sangat bersih dan seolah-olah tersenyum, semua tu menjentik hati saya.


“Kita pun tak tahu bila aja1 akan menjemput. Dan melihat cara pemergian arwah, di situlah terdetik untuk berubah dan menutup aurat dengan sempurna,” kata gadis berusia 23 tahun ini.

Menurut Suzeylaika, selama hidup, Allahyarhamah sememangnya seorang yang menjaga aurat dan menjaga tutur kata, serta tidak pernah menghakimi seseorang berdasarkan penampilan luaran.

“Sejak dari itu, saya nak berubah perlahan-lahan. Saya beritahu sahabat yang bertudung labuh. Saya beritahu nak cuba labuhkan tudung. Dia hadiahkan saya tudung labuh dan sokong dari belakang.

“Dia kata kalau nak keluar, cuba labuhkan tudung… cuba dulu selama 40 hari. Dalam masa yang sama, saya cuba pakai stoking dan handsock juga. Alhamdulillah saya mampu lepasi 40 hari percubaan.


“Selepas tempoh tersebut, apabila nak keluar, memang dah terbiasa labuhkan tudung, pakai handsock dan stoking. Kalau tidak, rasa tak lengkap,” ujarnya yang merupakan penuntut jurusan teknologi maklumat (pembangunan perisian) di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Tambah Suzeylaika, penghijrahannya baharu memasuki tahun pertama dan dia masih dalam proses untuk memperbaiki diri menjadi insan yang lebih baik.

Masih boleh dikatakan baharu, namun gadis ini gembira dengan imej itu dan mengakui merasai nikmat yang sukar digambarkan.

Bila keluar, rasa macam sangat selamat daripada pandangan orang. Tapi masih banyak lagi saya sedang belajar. Saya cuba dekatkan dengan circle yang positif, dengar ceramah di YouTube dan tambahkan ilmu melalui kelas-kelas,”ujarnya.

Tidak menyangka perkongsian video di TikTok mendapat perhatian ramai apabila meraih hampir 250,000 tontonan, Suzeylaika berkata dia sekadar cuba berkongsi pengalaman sendiri selain mahu menyebarkan mesej positif.


“Alhamdulillah ramai yang doakan dan ada juga kata mereka tengah usaha nak berubah. Apa yang boleh saya kongsi, cuba dulu dalam masa 40 hari… maknanya beransur-ansur.

“Kalau dapat kecaman atau penerimaan negatif, abaikan saja kerana kita nak cari reda Allah, bukan manusia. Mintalah ibu dan bapa doakan agar kita terus istiqamah.

“Selain tu, berilah teguran secara baik kepada orang yang nak berubah… jangan tegur kasar atau sindir. Cara itu akan menjauhkan orang tersebut dengan dakwah,” katanya lagi.

Sumber : https://www.mstar.com.my/lokal/viral/2021/04/11/dulu-bergaya-ikut-trend-siapa-sangka-pemergian-seseorang-asbab-gadis-ini-berubah-akui-nikmatnya-sukar-digambarkan-apa-yang-berlaku-sebenarnya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*