Cantik Sangat Bila Bertudung” – Datin Maria Farida Terima Pujian Peminat

Menerusi entri terkini di Instagram milik pelakon Datin Maria Farida ada memuat naik sekeping foto terkini dirinya bersama peminat.

Di samping menitipkan ucapan salam Rama.dan, Maria atau nama sebenarnya Maria Farida Atienza dilihat sangat manis mengenakan tudung rona merah jambu.

“Rama.dhan Kareem.. As you fast and offer prayers to Allah, may you find your peace and happiness…,” tulisnya dalam bahasa Inggeris.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat memuji penampilan pelakon berusia 52 tahun yang kelihatan sangat sopan mengenakan hijab.

 

Sehingga kini, entri berkenaan telah meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet.

Foto: Instagram Maria Farida via mediahiburan

Artikel Sebelum itu

“Maria Farida ni 25 Tahun ke 52 Tahun ? Nampak macam 25 Tahun je cantiknya”

Aktres jelita, Datin Seri Maria Farida telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-52 pada 28/3/2021 lepas

Maria berkongsi dua buah video di laman Instagramnya telah mendapat perhatian warganet.

 

Feeling so blessed and grateful on my birthday.. surrounded by the people I love the most! Thank you Allah for giving me everything I could ever wish for and more… The best family & friends! Love you more than words can say.. ✨🥰💋#ariesbaby

Thank you so much for the surprise birthday celebration at home my loves.. Did not plan anything for this year, so it was a pleasant surprise! And also my darling bro @fauzi_aljufry for planning all this 😘 Love you all so much till Jannah 😍💋💞

VIDEO2:

28 Mac lepas, genap 52 tahun usia Datin Seri Maria Farida. Meskipun pada pertemuan sesi penggambaran wajah penghias Majalah Nona Mac tahun lalu beliau agak segan untuk berkongsi usia sebenar namun kerana enggan menyembunyikan hakikat tersebut daripada pengetahuan para peminat, aktres jelita ini akhirnya akur.

Mengakui mula merasai perubahan diri yang dialaminya saat ini, Datin Seri Maria bagaimanapun melahirkan rasa syukur kerana masih diberi rezeki kesihatan yang baik.

Kagum dengan susuk tubuh langsing dan rupa paras yang tak makan dek usia, persoalan tentang amalan petua sihat dan cantik lantas diajukan kepada beliau.

Tenang menjawab pertanyaan berkenaan, isteri Datuk Seri Rahman ini sambil tersenyum membuka bicara.

“Jujurnya, saya jenis wanita yang suka makan. Termasuklah coklat. Tak ada petua tertentu pun yang saya amalkan. Pendek kata, semua makanan saya ambit dan tak ada sebarang pantang-larang.

Nak kata saya rajin workout pun tak juga sebab kebanyakan masa, saya sibuk uruskan bisnes dan sampai rumah dah rasa penat.

Tak sempat nak workout,” telus usahawan kosmetik ini yang mempunyai berat berat 54kg.

Pelik juga macam mana Datin Maria Farida boleh kekal ramping dan menawan walau sudah mencecah umur 51 tahun. Iyalah, kebanyakan wanita akan pergi ke gym untuk maintain langsing tapi lain pula caranya bagi pelakon Anak Mami Nasi Kandaq ini.

“Rutin harian saya, kalau ada dekat rumah memang saya tak bermekap atau dress up. Di rumah, saya adalah isteri dan juga ibu kepada anak-anak yang pergi ke kolej serta masih bersekolah.

Setiap pagi saya akan sediakan sarapan untuk mereka dan sediakan untuk lunch pula. Siap semuanya, saya pergi beli barang keperluan dapur dan uruskan hal rumah yang lain sampailah ke macam. Macam rutin ibu-ibu lain juga,” ujar pemilik label MF Cosmetique ini lagi.

Mungkin, rutin harian inilah yang menjadi rahsia Datin Maria Farida kekal sihat dan langsing. Iyalah, tugas ibu dan isteri dekat rumah sememangnya meletihkan.

Menyifatkan dirinya seorang yang ringkas, “Kalau keluar rumah beli groceries pun saya tak pakai mekap. Unless ada shooting, make up artist dah siap cantikkan kita from head to toe.

Maria mulai aktif di industri hiburan pada tahun 2009 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini menerusi lakonan dalam filem serta drama tempatan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Maria Farida Atienza (@mariafarida)

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*