Jadi manusia jujur, pengajaran untuk semua orang – Chef Wan

PETALING JAYA – “Jangan main api, berani buat, berani tanggung”.

 

Demikian respon Cef selebriti terkenal, Chef Wan atau nama sebenarnya Datuk Redzuwan selepas menantunya, Meor Mohammad Aidid akhirnya mengaku dia berstatus suami orang ketika menikahi anaknya, Serina Redzuwan pada Februari lalu.

 

“Akhirnya si suami sudah membuka mulut dan mengaku hal sebenar. Inilah sebab saya nasihatkan jangan main api kerana kebenaran akan terbongkar.

 

“Jangan tipu saya dengan mengatakan kau sudah bercerai dan ini bukan isteri pertama. Jika kau sudah tidak bahagia dan tiba masa untuk move on, saya faham,” katanya dalam entri tersebut.

 

Menurutnya lagi, dia juga enggan menjadi individu yang bersangka buruk seperti orang di luar sana.

“Saya tidak mahu membuat spekulasi sendiri dan bersangka buruk seperti netizen di luar sana.

 

“Ini sebabnya mengapa Allah SWT suruh jadi ibu bapa yang bertanggungjawab terhadap anak mereka.

 

“Pengajaran ini untuk semua! Janganlah sikit-sikit hendak cakap aibkan keluarga sedangkan sayalah mangsa yang dimaki orang,” katanya lagi.

 

Akuinya, dia merupakan seorang yang bercakap dalam nada kasar.

 

“Ya, saya memang cakap kasar tetapi untuk mereka yang selayaknya.

 

“Berani buat, berani tanggunglah. Biarlah berlaku jujur dan jika salah mohon maaf.

 

“Cubalah sejak awal dua orang ini tidak berahsia, tidaklah jadi kusut seperti sekarang. Ini semua pengajaran untuk mereka yang tidak jujur,” ujarnya.

 

Untuk rekod, Chef Wan pernah mendedahkan dakwaan Serina dan Aidid yang juga seorang anggota polis telah bernikah di Thailand.

 

Namun, Serina menafikan dakwaan berkenaan sebaliknya pernikahan tersebut berlangsung di Perlis. – K! ONLINE.

Article sebelumnya,

“Doktor tolong check saya.” -Chef Wan ‘sakit jantung’ perli Serina

Kontroversi perkahwinan Serina Redzuawan dan seorang anggota polis telah membuatkan bapanya yang juga chef selebriti terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan kecewa.

Beliau banyak kali memuat naik luahan kekesalannya terhadap perkahwinan Serina memandangkan mereka bernikah tanpa pengetahuan Chef tersebut.

Chef Wan meluah lagi
Paling mengejutkan sudah tentu pendedahan daripada bekas isteri kepada suami Serina, Meor Muhammad Aidid Meor Jamaluddin yang mendakwa pasangan tersebut sudah bernikah ketika dia masih isteri kepada Aidid.

Perkara tersebut membuatkan Chef Wan ‘sakit jantung’

dan kembali menulis luahannya di media sosial selepas memohon maaf kerana mendedahkan cerita keluarga sehingga mengaibkan anaknya sendiri.

Terpaksa jumpa doktor
Menurut Chef Wan, beliau sudah dua malam mengalami masalah jantung degup lebih kencang kerana masalah-masalah tersebut. Lebih-lebih lagi apabila ada netizen yang tidak tahu hal sebenar menyerangnya dengan kata-kata menyakitkan hati.

Kali ini, beliau terpaksa bertemu doktor selepas pendedahan tersebut dan mengakui boleh tekena serangan jantung jika kontroversi melibatkan anaknya terus-terusan menjadi perbualan.

Dia lebih pentingkan hati dia, suami & mertua”

Dalam pada itu, beliau juga seakan berasa sangat kecewa dan mulai pasrah setelah cerita perkahwinan mereka terbongkar.

 

Di akhir penulisannnya, Chef Wan memaklumkan yang kondisi kesihatannya kurang baik dan perlu menghadiri perjumpa bersama doktor.

 

“Lets do a thorough check up Dr why i felt my heart suddenly lacked of air and feeling tight breathing. Dia lebih penting kan hati dia, suami dan in law.” tulisnya.

 

 

Sedih baca luahan Datuk

Sehubungan dengan perkongsian Chef selebriti itu, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan meminta beliau bersabar dengan dugaan yang hebat ini.

 

Mereka juga mendoakan agar kesihatan Chef Wan kembali sihat dan berharap agar beliau tidak terlalu memikirkan masalah yang sedang dihadapi disebabkan kontroversi anak perempuannya.

 

 

 

Sumber: Chef Wan

 

Via https://ohmymedia.cc/doktor-tolong-check-saya-chef-wan-sakit-jantung-fikirkan-isu-serina/?utm_source=fb_page&utm_campaign=publer&utm_medium=Oh%20My%20 Media.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*