Sibuk kerja, Mira Filzah sed1h tak dapat sahur & buka puasa hari2 dengan svami

Bagi pasangan pengantin baru, menyambut bulan Ramadan dan berpuasa buat kali pertama bersama suami pasti merupakan satu detik bersejarah dalam hidup masing-masing.

 

Mana tidaknya, waktu bujang dahulu juadah sahur dan berbuka dihidangkan oleh mak. Lain pula bila sudah bergelar suami isteri, terpulang pada diri sendiri untuk menentukan dan menyediakan juadah buat keluarga.

Sambut Ramadan kali pertama sebagai isteri

Begitulah seperti dialami oleh pelakon jelita Mira Filzah apabila menyambut Ramadan kali pertama bersama suaminya, Wan Emir Astar setelah bergelar suami isteri.

 

Dalam kegembiraan yang dirasai, rupanya terselit kesedihan apabila pelakon berusia Nur Amirah Filzah Badioezaman mendedahkan dia tidak berkesempatan bersahur dan berbuka bersama suami dan keluarga kerana sibuk dengan urusan kerja.

Sibuk dengan urusan penggambaran

Menurut Mira, dia berasa sed1h apabila tidak berkesempatan menyambut Ramadan setiap hari bersama keluarga dek kerana terpaksa bekerja memenuhi jadual penggambaran yang telah ditetapkan.

 

“Tahun pertama berpuasa sebagai seorang isteri. Sebelum kahwin dah fikir macam-macam nak buat. Tengok tengok, jadual ‘sh0ot1ng’ dah anjak masuk sampai akhir puasa.

“Mungkin tahun ni boleh kira berapa kali je dapat sahur dan berbuka bersama Emir, Mak, Abah dan keluarga lain, Atuk dengan Opah lagi lah. Tak dapat balik kampung,” luahnya sayu.

Namun begitu biarpun terpaksa berk0rban masa bersama insan tersayang, pelakon berusia 28 tahun itu tetap akur akan tanggungjawabnya sebagai seorang artis.

Dalam pada itu, bintang drama The Maid itu sempat memohon maaf kepada suaminya atas kekangan dihadapinya itu.

 

“Tak apa lah, kerja pun satu tanggungjawab dan ibadah dengan niat yang betul. Sorry sayang I. Terima kasih sebab memahami. Semoga ibadah puasa kita diterima Allah,” katanya ditujukan kepada suami tercinta.

Imbas kembali, Mira melangsungkan pernikahan bersama Wan Emir Astar pada 3 September 2020 di Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

 

Sumber: Instagram Mira Filzah

Via https://ohmymedia.cc/sibuk-kerja-mira-filzah-sedih-tak-dapat-sahur-buka-puasa-hari2-dengan-suami/.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*