“Tak Apalah Kerja Pun Satu Tanggungjawab & Ibadah,”

Pelakon dan pengacara, Mira Filzah mende.d4hkan dia sebenarnya sudah pun mempersiapkan diri bagi menyambut kedatangan bulan Ramadan buat kali pertama sebagai seorang isteri.

Jelas Mira, tugas dan tanggungjawabnya kini boleh disifatkan amat berbeza jika ingin dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya.

“Tahun pertama berpuasa, sebagai seorang isteri. Sebelum kahwin hari tu dah macam macam fikir.

“Dalam kepala dah set ‘Oh mesti nanti bulan puasa banyak benda nak kena buat. Tak ada dah bangun bangun sahur terus makan Mak dah siap hidang, tak ada nanti nak berbuka tolong-tolong kacau gulai je sambil teman Mak masak. (Teman eh, bukan masak tau teman je.) Dah lain dah nanti tanggungjawab dan tugas’.

“Nak fikir sahur apa, nak fikir berbuka apa, nak kena belajar masak tanpa kena rasa masakan (masak before berbuka. Kita pulakk sejenis setiap kali masak tu rasa sampai 3, 4 kali baru confident. Macam macam lahh. Preparation nii,” tulisnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pengacara program Nona itu menerusi hantaran terkini di laman Instagram miliknya.

Bagaimanapun, setelah melihat jadual kerjanya sepanjang bulan Ramadan ini, Mira mend3d4hkan dia hanya mempunyai beberapa hari cuti sahaja untuk berbuka puasa serta sahur bersama suami dan juga ahli keluarga yang lain.

“Tengok tengok, jadual sh0ting dah anjak masuk sampai akhir puasa. (disebabkan MCO hari tu. bukan salah sesiapa) Mungkin tahun ni boleh kira berapa kali je dapat sahur dan berbuka bersama Emir, Mak @faeezahisan, Abah, keluarga lain, Atuk dgn Opah lagi lah.

“Hmmm tak dapat balik kampung. Kita outstation pula tu. Hmmmm..Tak apa lah, kerja pun satu tanggungjawab dan ibadah dengan niat yg betul,” jelasnya lagi.

Dikesempatan itu juga, Mira turut dilihat menitipkan ucapan ma4f buat suaminya itu kerana berkemungkinan besar jdia arang berada di rumah sepanjang bulan Ramadan ini.

“Sorry Sayang i, @wanemirastar. Terima kasih sebab memahami. Semoga ibadah puasa kita diterima Allah SWT.

“AND, congratulations for your new app! KORANG, boleh download app yang Emir baru sahaja usahakan, ‘Tarteel’!

“Aplikasi bacaan dan hafalan Al-Quran yang dinamakan Tarteel, powered by voice recognition and ‘AI Machine Learning’ to help improve and assist our memorization.

“Mana tahu ada target nk hafal surah-surah baru utk Ramadhan tahun ini, haa download and try okay! Selamat berpuasa semua,” katanya lagi.

Terdahulu, Mira dan suaminya, Wan Emir Astar telah pun mendirikan rumah tangga pada tanggal 3 Ogos 2020 setelah hampir setahun menyulam cinta.

Sumber : Mediahiburan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*