“Terus In Character!” Ambil Foto Guna Filter Purdah, Nabila Huda Kongsi Caption Typical Bulan Puasa

Satu hari pun belum habis lagi untuk hari pertama di bulan Ramadan, mesti dah banyak hashtag yang digunakan oleh orang ramai kan?

Maklum lah bulan Ramadan ni kan hanya datang setahun hanya sekali sahaja, sebab tu semua orang bersemangat untuk mengejar segala kebaikan yang ada dalam bulan mulia ni.

 

Pelakon Nabila Huda nampaknya kini sudah ‘in character‘ apabila beliau memuat naik foto menggunakan filter tudung dan purdah bagi mengucapkan Salam Ramadan kepada para pengikutnya di laman Instagram.

Lebih menarik lagi apabila Nabila atau lebih mesra dengan panggilan Abil itu turut sempat senaraikan beberapa caption typical yang akan digunakan sepanjang bulan ini.

Disebabkan itu, ramai antara pengikutnya turut terhibur dengan caption tersebut sehingga mencadangkan beberapa ayat yang sesuai.

Bukan itu sahaja, disebabkan foto purdah tersebut ada juga yang hampir tertukar Abil dengan Neelofa ya!

 

Nasib baik tak ada yang ingat itu Neelofa betul.

Apa pun Salam Ramadan kepada semua, semoga bulan mulia ini membawa rahmat dan keberkatan kepada kita semua.

 

Sumber foto: Instagram Nabila Huda.

Via https://www.hotfm.com.my/hotselebriti-terus-in-character-ambil-foto-guna-filter-purdah-ada-yang-tertukar-nabila-huda-dengan-neelofa/?fbclid=IwAR0NoRl7V2wotHzgkiSrwyt4gMtuqiCB-bN7uGjCBOpqfnePl8wlB4KXVSU.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*