Nampak lebih berusia, wanita ham1l pasrah disangka ibu kepada suami

  1. Bagi ibu yang sedang hamil, adalah normal sekiranya mengalami perubahan fizikal termasuk pertambahan berat badan apabila semakin hampir tarikh bersalin.

 

Situasi seperti itu dihadapi oleh seorang wanita dikenali sebagai Cik Amie yang sarat hami1 anak kedua sehingga ada individu menyangka dia adalah ibu kepada suaminya Azuan Noor.

Menerusi platform TikTok, wanita yang berasal dari Kelantan itu tidak melatah sebaliknya dengan tenang menjawab persoalan individu berkenaan.

 

“Ingatkan mak… rupanya isteri” – Netizen

Menerusi rakaman video hampir seminit tersebut, wanita berusia 32 tahun itu mengakui ramai orang yang menyangka si suami adalah adik atau anaknya jika mereka berdua keluar bersama.

 

Sambil bercerita mengenai pengalaman lucu, Cik Amie turut menegaskan bahawa seseorang wanita itu mungkin kelihatan lebih berusia daripada suami berikutan proses bersal1n yang perlu dihadapi.

Ye memang saya isteri dia. Ramai betul yang cakap suami saya tu adik lah, paling kelakar ingatkan anak.

“Dia (suami) takpe lah awet muda. Kita ni orang perempuan kena beranak, habis segala urat putus..” katanya.

Salah suami kot, muka ‘baby face’ sangat.

Selain meraih lebih 256,600 tontonan, video berkenaan juga dipenuhi pelbagai reaksi netizen yang meminta wanita itu terus bersabar dan mengabaikan sahaja tanggapan negatif netizen.

 

Mungkin kena tukar fesyen tudung.

Sumber: TikTok @azuannoor89

Via https://ohmymedia.cc/nampak-lebih-berusia-wanita-hamil-pasrah-disangka-ibu-kepada-suami/?utm_source=fb_page&utm_campaign=publer&utm_medium=Oh+My+Media&fbclid=IwAR0gtY5K264Duq7fO-NeElqJokZ-4Yas2o-QrT9d9hc3HAwIljrUnb4E-dA.

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*