(Berhati mulia) Ustazah Asma’ Sebak Wanita Sanggup Infaq Gelang Emas Kesayangan.

Menerusi perkongsian penceramah bebas terkenal Ustazah Asma’ Harun di laman Facebook, menceritakan satu kisah yang berjaya membuatkan netizen berasa sebak dan terharu dengan pengorbanan seorang wanita ini.

Kisahnya bermula, apabila Ustazah Asma’ dikunjungi oleh seorang ibu tunggal kehilangan suami akibat meninggal dunia, yang datang berjumpa dengannya semalam.

Air mata 1 Ramadan

Menerusi posting tersebut, ustazah menjelaskan sepanjang sesi perjumpaan tersebut wanita ini menangis berikutan menanggung segala beban seorang diri selama ini. Namun, apa yang mengejutkan apabila wanita ini secara tiba-tiba membuka seutas gelang yang dipakainya dan terus menyerahkan kepada ustazah. Ujar wanita itu, dia sudah betul-betul nekad dan mahu menginfaqkan gelang emas tersebut.

Seorang wanita yang sangat kuat dan hebat, Ibu tunggal, suaminya pergi menghadap Ilahi ketika usia 30an. Masih muda, terlalu awal meninggalkan dia & anak² yang masih kecil.

 

Ustazah, ini gelang kesayangan, saya tiada simpanan duit cash, gelang ini biasa saya akan pajak gadai bila memerlukan duit untuk biaya anak belajar dan apa-apa keperluan.

Pada mulanya, Ustazah Asma’ keberatan untuk menerima gelang tersebut dan menjelaskan pihaknya menerima sebarang bentuk sumbangan walaupun kecil. Bahkan, ustazah turut menjelaskan gelang tersebut sangat mahal harganya dan mencecah RM6,000.

Bertambah berat saya nak terima, gelang ni sangat besar jumlahnya, inikan untuk backup akak dan anak-anak (berat 28.1 – nilai hampir 6k).

 

‘Hatinya yang luar biasa’

Kejadian yang terjadi secara tidak langsung berjaya membuatkan Ustazah Asma’ berasa sebak dengan pengorbanan yang telah dilakukan oleh wanita ‘cekal’ ini.

 

Sungguh ketika ni saya dah mengalirkan air mata, sebab saya tahu kisahnya, bagaimana struggle beliau untuk memberikan kehidupan dan pendidikan yang baik buat anak-anak. Saya menangis bukan kerana terharu dapat infaq gelang, tapi pada hatinya yang luar biasa. Memberi bukan kerana ada, tapi kerana cinta.

Tidak berakhir di situ, kata-kata yang dilemparkan oleh wanita ini turut berjaya membuatkan ustazah terkesima dan ‘kagum’ dengannya.

Ustazah, tolonglah ambik, bukan gelang ni yang mencukupkan keperluan saya dan anak-anak, tapi Allah, bukankah Allah suka kita beri apa yang kita sayang, saya yakin Allah akan gantikan dengan sesuatu yang jauh lebih baik, cukuplah Allah jaga anak-anak saya.. 1 Ramadhan jadi saksi, moga Allah terima pemberian saya ni.

 

Sumber: Ustazah Asma’ Harun

Via https://ohbulan.com/ustazah-asma-sebak-wanita-sanggup-infaq-gelang-emas-kesayangan-bernilai-rm6k

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*