Kec3wa berkali2 ditlnggalkan lelaki beruniform, gadis syukur jodoh dengan polls

Siapa sangka perkenalan singkat seorang wanita dengan anggota polls di laman Facebook berakhir dengan keputusan untuk mengikat tali pertunangan, sehari sebelum berpuasa.

 

Menerusi platform TikTok, wanita yang dikenali sebagai Munge itu bersyukur akhirnya bertemu jodoh dengan ‘anggota’ selepas sering kali dikecewakan oleh lelaki yang membawa imej pakaian seragam.

Pertemuan yang tak pernah dijangka, selepas aku beberapa kali ditipu dan ditinggalkan dengan lelaki yang beruniform,” tulisnya.

Rakaman video berdurasi sembilan saat tersebut memaparkan model sambilan itu membetulkan uniform tunangnya, Zul Ezahar untuk sesi ‘photoshoot’ beserta bait-bait luahan perasaan.

 

“Perkenalan yang singkat hanya di Facebook, pertemuan yang tak sampai 30 minit di pusat beli belah, pertunangan yang tak dirancang sehari sebelum puasa.

“Berharap dia sentiasa menjadi pelangi dalam hidup aku,” kongsinya.

Video tersebut meraih hampir 500,000 tontonan serta komen netizen dimana rata-rata menyifatkan wanita itu sangat tabah kerana masih memilih lelaki beruniform walaupun pernah dikecewakan berkali-kali.

 

Selain mendoakan hubungan mereka berdua berakhir di jinjang pelamin, ada juga segelintir individu berharap agar Munge bersabar dan memahami komitmen anggota pakaian seragam yang terikat dengan tugas.

Setiap individu ada citarasa masing-masing sebelum mendirikan rumah tangga. Tak kisah beruniform atau tidak, yang penting dah bersedia dengan semua tanggungjawab.

 

Sumber: TikTok @munge_11

Via https://ohmymedia.cc/kecewa-berkali2-ditinggalkan-lelaki-beruniform-gadis-syukur-jodoh-dengan-polis/.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*