Sekali pandang macam Uqasha Senrose, Netizn Kagm penampilan terbaru Che Nom

YouTuber masakan, Che Nom yang seringkali menjadi perbualan orang ramai ketika bulan Ramadan apabila dia sering berkongsikan video resepi masakan di YouTube.

Tetapi kali ini, t0pik perbualan orang ramai mengenai Che Nom bukan kerana video resepi masakannya, sebaliknya nurtizen kagum dengan kecantikkan Che Nom di video barunya yang dikongsi di akaun Instagram beliau.

Di dalam video bloopers tersebut Che Nom memakai baju berwarna merah dengan bersolek rapi, netizen menyam4kan mukanya persih muka pelakon terkenal iaitu Uqasha Senrose.

Video bloopers tersebut telah meraih tontonan lebih 70,000 kali dan meraih 13,000 like daripada pengguna Instagram.

Sumber Kosmo.

 

Artikel berkaitan.

Ketahui rahsia ‘air tangan’ Che Nom, semua tampak sedap!

Nama Norma Bakar mungkin tidak ada sesiapa pun yang kenal, tetapi jika disebut Che Nom, boleh dikatakan kebanyakan suri rumah atau sesiapa sahaja yang gemar memasak mengenali nama berkenaan.

Sekali imbas panggilan Che Nom itu juga membuatkan kita terfikir mungkin beliau adalah ‘makcik’ yang gemar memasak kerana semua resipi dan menu yang dikongsi di laman media sosial tampak menyelerakan serta menjadi.

Memiliki 500,000 pengikut di YouTube, Che Nom atau lebih dikenali dengan nama media sosial @Che_Nom sebenarnya seorang ibu yang sangat penyayang, lembut tutur kata dan mendedikasikan masa memasak untuk keluarga atas prinsip beliau melakukan apa disukai.

Berpengalaman luas dalam bidang kejuruteraan, beliau akhirnya memilih berhenti kerja pada pertengahan tahun lalu dan hari ini juga genap setahun beliau berkongsi video masakan di YouTube dengan mereka yang berminat.

“Saya mula minat memasak pada tahun 2012 setelah melahirkan anak kedua. Sedikit demi sedikit minat memasak makin menebal dalam diri dan suami juga memberi sokongan dengan menjadi jurugambar setiap kali saya memasak.

“Selain jurugambar, suami membuat suntingan sebelum dimuat turun ke dalam media sosial. Ketika itu YouTube masih baru dan belum ramai yang menggunakannya sebagai platform perkongsian,” katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Ibu kepada tiga cahaya mata itu juga mengakui beliau gembira dengan dunia masakan kerana perkongsiannya dalam media sosial mendapat maklum balas yang sangat positif.

Katanya, semua orang boleh memasak, tetapi hasilnya mungkin tidak sama bergantung pada teknik memasak dan minat juga mempengaruhi hasil masakan.

“Saya suka berkongsi video kerana mereka boleh rujuk video berkenaan sekiranya baru belajar memasak. Jika 100 orang memasak resipi sama, hasilnya juga ialah 100 rasa yang berbeza, ini amat mengagumkan saya apabila mereka berbincang dari pelbagai aspek mengenai hasil masakan itu.

“Sejak saya berkongsi video masak memasak ini juga, antara maklum balas yang membuatkan saya terharu ialah kerana individu berkenaan menjelaskan beliau baru sahaja kematian isteri dan terpaksa mengambil alih mendidik anak termasuklah memasak. Katanya beliau melihat video masakan saya dan cuba memasak, hasilnya anak-anaknya suka dengan apa yang beliau masak,” katanya yang bermula dengan web iresipi.com

Che Nom turut memberi kata-kata semangat kepada mereka yang baru berjinak dengan dunia masakan, lakukan dengan gembira kerana apabila melakukan apa yang digemari dengan hati terbuka, hasilnya juga akan menjadi lebih menarik.

 

KREDIT FOTO: Instagram @Che_Nom.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*