Wawa Zainal Disolek Macam Orang Tua. Attar,Anak Yang Menangls – ‘I Want You Young’

Pasangan pelakon iaitu Wawa Zainal dan Aeril Zafrel memang boleh dikatakan ‘sporting parent’. Ini kerana mereka selalu berkongsi gelagat dan aktiviti bersama anak-anak di laman media sosial hingga menarik perhatian ramai pengikut.

Terbaru, Wawa Zainal sekali lagi berkongsi video yang menyentuh hati di mana anaknya iaitu Attar sedih apabila melihat wajah ibu menjadi tua selepas disolek.

Video berdurasi 1:14 minit itu dikongsikan Wawa melalui laman Instagram. Difahamkan, Wawa dan Aeril Zafrel dalam mempersiapkan diri untuk menjalani sebuah penggambaran dan memerlukan pasangan ini membawa watak sebagai orang tua.

Lebih menarik perhatian ramai apabila Attar menangis melihat wajah ibunya disolek tua kerana dia tidak mahu wajah Wawa dimakan usia.

Ohhh sedihnya dia mama dah tua. Attar ni strong boy jarang sangat la nak nangis kalau dia nak nangis pun dia akan cuba tahan. Kelakar pula benda ni dia boleh nangis. Simpan sini sebagai kenangan.
Sedih betul tengok mak dia tua

 

Malah, di ruangan komen kelihatan ramai pengikutnya terhibur dengan gelagat Attar itu. Ada juga segelintir turut tersebut dengan Attar yang menyifatkan dia sangat menyayangi ibunya.

 

Sumber: Wawa Zainal

via ohbulan

Biodata

Nama penuh: Nur Hawa binti Zainal Abidin

Nama popular: Wawa Zainal

Tarikh lahir: 12 Mac 1991

Umur: 27 tahun

Tempat lahir: Lahad Datu, Sabah

Pekerjaan: Pelakon dan model

Media sosial: Instagram @w4w4 zainal

1. Merupakan anak kelapan daripada sebelas orang adik-beradik.

2. Isteri kepada aktor Aeril Zafrel. Pernikahan mereka berlangsung secara tertutup tanpa pengetahuan pihak media dan peminat iaitu pada tahun 2012. Sehingga kini mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 8,  Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 6, serta Aya Soffya ,3.


3. Merupakan sepupu kepada Faris Hadzir, bekas gitaris kumpulan Bunkface.

4. Menjadi model sejak berumur 12 tahun.

5. Lakonan pertama beliau menerusi drama Ana Lu’lu.

6. Bakatnya digilap menerusi syarikat Metrowealth (MIG) yang turut dinaungi nama-nama popular seperti Shaheizy Sam, Lisa Surihani, Intan Ladyana, Kamal Adli dan ramai lagi.

7. Antara drama popular yang pernah dibintanginya ialah Ana Lu’lu, Bunga-Bunga Syurga, Cinta Qaseh, Duda Terlajak Laris dan Patahnya Sebelah Sayap.

8. Manakala telefilem yang pernah dilakonkan beliau ialah Cinta Vlog, Kenapa Aku Binti Abdullah dan Biarkan Cinta Tersenyum Lagi.

9. Tidak ketinggalan, Wawa turut menjayakan watak dalam beberapa filem popular seperti Hantu Dalam Botol Kicap, 3 Temujanji, Aji Noh Motor, Budak Pailang, 99 Kali Rindu dan Longkai.

10. Wawa pernah merangkul trofi Artis Baru Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-26, selain turut tercalon dalam beberapa kategori di Anugerah MeleTOP Era, Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur dan Anugerah Stail EH!

Sumber : iluminasi

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*