Dah tiga bulan tak berapa sihat, Ebit Lew mohon doakan kesihatan bapa

Nama pendakwah muda, Ebit Lew rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi. Jasa beliau dalam membantu orang lain tanpa mengira agama dan bangsa sangat disanjung rakyat Malaysia.

Bapatak berapa sihat

Namun begitu, beberapa hari yang lalu, Ebit Lew ada memuat naik gambar kondisi bapanya yang tidak berapa sihat sejak kebelakangan ini.

 

Menerusi media sosialnya, pendakwah tersebut memaklumkan bahawa bapanya kurang sihat dan sudah tiga bulan keadaan kesihatannya dilihat agak merosot.

Harap sama2 dapa doakan

Dalam posting Ebit Lew juga, beliau sempat menceritakan pengorbanan bapa tersayang yang sangat gigih bekerja ketika diusia muda demi membahagiakan anak-anak dan isteri.

 

Oleh hal yang demikian, dia berharap agar orang ramai dapat sama-sama mendoakan kesihatan bapanya, Ibrahim Lew supaya kembali sihat seperti sebelum ini.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, media sosial pendakwah terkenal itu telah dipenuhi dengan komen daripada warganet. Rata-rata mendoakan agar bapa beliau diberi kesihatan yang baik dan segera diangkat penyakitnya.

Mereka juga turut sama mendoakan keluarga Ebit Lew sendiri dipermudahkan segala urusan dan terus dimurahkan rezeki agar dapat terus berbakti kepada masyarakat.

 

Sumber: Ebit Lew

Via https://ohmymedia.cc/dah-tiga-bulan-tak-berapa-sihat-ebit-lew-mohon-doakan-kesihatan-bapa/?utm_source=fb_page&utm_campaign=publer&utm_medium=Oh%20My%20 Media.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*