Tekad Buang T@tu, Aliff Aziz Nak Berhijrah untuk keluarga.

Penyanyi dan juga pelakon Aliff Aziz baru-baru ada bertanyakan peminat mengenai mana-mana pusat perubatan yang menyediakan r@watan pembuangan t@tu di Kuala Lumpur menerusi akaun Instagramnya.

Perkara itu telah dimuat naik Aliff menerusi siaran Instagram Story miliknya untuk mendapatkan respon daripada peminat serta pengikut media sosialnya.

Suami kepada pelakon Bella Astillah ini yang ditemui media menjelaskan bahawa dia tidak menafikan mahupun mengiyakan mengenai niatnya untuk membuang t@tu yang dicacah di badannya itu.

 

Namun, ujar Aliff lagi, dia kini sedang berusaha untuk menjadi seorang umat Islan yang lebih baik dan usaha itu perlu datang daripada dirinya sendiri.

Meskipun dalam Islam perbuatan membuang tatu jika memudaratkan jatuh hukum tidak perlu dilakukan, Aliff menjelaskan bahawa dia hanya ingin berusaha untuk berhijrah dan tidak berniat untuk membuktikannya kepada sesiapa.

Tambah penyanyi lagu Sayang Sayang itu lagi, dia bersyukur kerana masih mendapat sokongan penuh daripada ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat.

 

Perkembangan terkini, Aliff dan isteri, Bella Astillah dilaporkan telah melebarkan sayap dalam bidang perniagaan selepas membuka sebuah kedai makanan yang diberi nama Laksa Bah yang bertempat di Masok Foodcourt, Kampung Baru, Kuala Lumpur..

Penyanyi lagu Sayang-Sayang itu berkahwin dengan Bella Astillah pada 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Ayden Adrian dan Ara Adreanna.

 

Sumber: mStar Online (Nur Asyikin Mayudin)

 

 

Sumber :https://beautifulnara.com/tekad-buang-tatu-aliff-aziz-nak-berhijrah-kesal-dengan-kesilapan-lalu/.

Article sebelumnya,

“Untung Dapat wife Baik & Cantik Macam Tu” Doa Netizen.Bella Astillah doakan Aliff Aziz jadi suami yang baik.

Selepas melalui beberapa fasa kontroversi, hubungan pelakon Bella Astillah dan suaminya Aliff Aziz kini dilihat gembira dan bahagia dalam menjalani rumah tangga.

 

Semalam, menerusi akaun Instagram Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, dia ada memuat naik beberapa keping foto memaparkan sambutan ulang tahun kelahiran suaminya yang ke-30.

 

Tiada kata2 dapat diucapkan.

Menerusi posting tersebut, aktres berusia 27 tahun

 

itu sempat menitipkan ucapan yang bermakna buat suami tercinta selain memakai pakaian berwarna sedondon sebagai tema pilihan mereka.

 

“Happy birthday b, semoga Allah SWT sentiasa memberkati awak dan menjadi seorang anak yang baik kepada umi, ayah, abang yang baik…

“…suami yang baik, menantu yang baik, daddy yang baik untuk anak-anak dan insan yang baik, insyaAllah,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Posting pelakon drama Cinta Belum Tamat Tempoh itu dibanjiri komen netizen yang turut mengucapkan selamat hari lahir buat Aliff serta mendoakan agar hubungan yang terjalin kekal selamanya.

Wah makin bahagia pasangan selebriti ini. Alhamdulillah, semoga kekal hingga ke syurga dan sentiasa menyayangi antara satu sama lain. Amin!

 

Sumber: Instagram Bella Astillah

 

via ohmymedia.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*