Alisa & Yusuf dah besar, foto2 comel raih 200k tanda suka

Alisa Aisyah dan Yusuf Iskandar bukanlah satu nama yang asing lagi buat peminat hiburan tanah air apabila kedua-dua si cilik ini juga menjadi perhatian umum seperti ibu dan bapa mereka.

Keluarga pasangan sama cantik, sama padan iaitu Hanis Zalikha dan Hairul Azreen menerusi laman Instagram cukup menjadi antara selebriti yang dinanti-nanti perkongsian mereka.

Pasti ramai yang tahu bahawa Yusuf Iskandar mahupun Alisa Aisyah sedari kecil sudah menjadi tumpuan ramai. Ini bukanlah kerana ibu bapa mereka merupakan seorang selebriti sahaja malah kepandaian kedua-dua si cilik itu menarik perhatian peminat anak selebriti.

Sehingga selepas dihasilkan akaun Instagram Alisa mahupun Yusuf, mereka sudah diikuti jutaan pengikut. Hebat betul penangan si cilik tersebut.

 

I

Malah kedua-duanya juga telah memenangi Anugerah Si Cilik Meletop sekali gus menjadikan adik beradik popular itu selalu menjadi tumpuan. Pun begitu, satu perkongsian terbaharu ini juga tidak disangka-sangka mendapat lebih 200,000 tanda suka dalam masa yang sekejap pula.

Apatah lagi daripada kedua-dua anak pasangan pelakon itu yang sudah mempunyai ramai peminat.

 

yang dituliskan kapsyen Abang dan Alisa itu rupa-rupanya membuatkan ramai geram dengan kecomelan adik-beradik popular itu bergambar dan turut dilihat sudah membesar. Begitu cepat masa berlalu.

Sumber : https://himpunanceritalawak.com/2021/04/19/alisa-yusuf-dah-besar-foto2-comel-raih-200k-tanda-suka/.

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*