(Video) “Comel jee ” ucapan Tun Mahathir untuk anak kedua Siti Nurhaliza.

Seperti yang diketahui, penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza telah selamat melahirkan cahaya mata keduanya pada jam 6.21 pagi, hari ini.

 

Bukan itu sahaja, khabar gembira itu disambut baik oleh rakan selebriti serta peminat.

 

Dalam pada itu, bekas Perdana Menteri Malaysia ke-7, Tun Dr. Mahathir Mohamad ada menitipkan ucapan tahniah kepada penyanyi yang sinonim dengan lagu Comel Pipi Merah itu.

Assalamualaikum Siti, saya ucap tahniah kerana dapat lahir anak yang kedua. Saya harap Siti dan juga anak dikurniakan segala kebaikan oleh Allah SWT. Tahniah Siti,” katanya menerusi satu rakaman video yang dimuat naik di laman media sosial Twitter.

Sekadar informasi, Siti selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.84 kilogram secara pembedahan di sebuah pusat perubatan di Selangor.

 

Imbas kembali, Siti mendirikan rumah tangga bersama Datuk Khalid Mohamad Jiwa pada 21 Ogos 2006 dan selamat bergelar ibu selepas melahirkan puteri sulung, Siti Aafiyah pada 19 Mac 2018.

Foto: Twitter Tun Dr. Mahathir Mohamad

Via :https://www.google.com/amp/s/www.mediahiburan.my/saya-harap-siti-juga-anak-dikurniakan-segala-kebaikan-oleh-allah-swt-tun-dr-mahathir-mohamad/amp/.

Article sebelumnya,

“Alhamdulillah..it’s a Boy” Tahniah! Siti Nurhaliza selamat bersalin anak kedua.

Sebentar tadi, pihak Siti Nurhaliza Production telah mengeluarkan satu kenyataan yang menggembirakan apabila penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza telah selamat bersalin anak keduannya.

 

Menerusi perkongsian tersebut, Siti Nurhaliza atau mesra disapa TokTi telah melahirkan anak lelaki pada hari Isnin. 19 April 2021 bersamaan dengan 7 Ramadan 1442 Hijrah.

Selain itu, TokTi dan baby juga dilaporkan dalam keadaan sihat.

 

Sehubungan dengan itu, suami kepada penyanyi tersohor itu, Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh ahli keluarga dan kenalan yang tak putus-putus mendoakan kesejahteraan isterinya sehingga hari bersalin.

 

Dalam pada itu, beliau dan isteri turut mengucapkan terima kasih pihak-pihak yang bertanggungjawab sepanjang kehamilan Tok Ti.

 

Sehubungan dengan itu, Instagram Siti Nurhaliza telah dihujani dengan ucapan tahniah diatas kelahiran anak keduanya.

 

Mereka juga berharap agar bayi lelaki yang dilahirkan membesar menjadi anak yang soleh dan taat dengan orang tua.

Dato’ Sri Siti Nurhaliza selamat bersalin bayi lelaki.

Isnin, 19 April 2021 bersamaan 7 Ramadan 1442H, Dato’ Sri Siti Nurhaliza selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di Selangor, pada pukul 6.21 pagi.

 

Bayi seberat 3.84 kilogram itu dilahirkan menerusi kaedah pembedahan.

 

Siti dan juga bayi berada dalam keadaan baik dan sihat.

 

Suami beliau, Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa melahirkan rasa syukur kerana isteri tercinta telah selamat melahirkan bayi kedua mereka.

 

Apa yang penting bagi Khalid adalah ibu dan anak berada dalam keadaan sihat, stabil dan proses melahirkan telah berjalan lancar.

 

Beliau dan isteri ingin menzahirkan rasa syukur dan terima kasih di atas doa keluarga, saudara mara, sahabat handai, peminat, media dan orang ramai.

Selain itu, mereka juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak doktor dan jururawat yang diketuai oleh Dr. Leong Wai Yew dari Alpha IVF & Women’s Specialist yang telah menjalankan tanggungjawab dan khidmat terbaik sepanjang proses Siti melahirkan.

Pasangan ini juga berterima kasih kepada Pengasas dan Pengarah Alpha IVF & Women’s Specialists, Dato’ Dr. Colin Lee Soon Soo, yang menjayakan program In Vitro Fertilization (IVF) bagi kandungan Siti yang pertama iaitu Siti Aafiyah dan anak yang kedua ini juga.

 

Kelahiran anak kedua pada bulan Ramadan penuh keberkatan ini diharapkan akan mengurniakan limpahan rezeki serta rahmat Allah s.w.t.

-Pengurusan SNP (M) Sdn. Bhd.

Sumber: ctdk & ohmymedia.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*