Melawat hospital ramai2, anak tiri Tokti mohon maaf tampil beri penjelasan

Baru-baru ini, video lawatan ke hospital bersalin yang dimuat naik oleh anak tiri penyanyi terkemuka negara Siti Nurhaliza menjadi tular dan mencetuskan kemarahan netizen di serata laman sosial.

Berikutan itu, individu yang memuat naik video tersebut iaitu anak tirinya, Asyraf Khalid tampil memohon maaf di atas kesalahan dilakukannya itu.

Semua pelawat dapat kebenaran hospital

Ketika ditemubual oleh pihak Harian Metro, lelaki berusia 29 tahun itu menjelaskan dia dan pelawat lain sudah mendapat kebenaran pihak hospital selain memathui setiap SOP ditetapkan.

“Pada asasnya semua ikut SOP. Kami pakai pelitup muka dan sebagainya. Cuma, ketika ambil gambar pihak jurufoto dan jurukamera minta buka.
“Semua orang yang datang pada hari tu sudah mendapat kebenaran pihak hospital.
“Sebagai anak, apabila Mak Iti (Siti) nak bersalin, tentu saja gembira. Lagipun jarak hospital dengan rumah saya hanya lima minit saja,” katanya.

Tambah Asyraf lagi, dia tidak menjemput jurukamera dan jurugambar sebaliknya ia disediakan oleh syarikat Siti Nurhaliza Productions (SNP) bertujuan untuk rakaman.

Mohon maaf & belajar dari kesilapan

Video :

Dalam pada itu, suami kepada penyanyi dan usahawan Tya Ariffin itu sempat memohon maaf kepada orang ramai jika perkara tersebut menyebabkan pertikaian segelintir pihak.

“Mungkin ada juga salah saya di situ dan saya belajar dari kesilapan itu. Kalau ikut kebiasaan, jika dapat adik baharu mestilah nak kena pergi tengok. Tapi, dalam keadaan sekarang normal itu sudah berubah.
“Jadi, jika perkara ini ada mengguris sesiapa termasuk netizen. Saya dengan keluarga okay. Harapnya perkara ini tak dibesarkan dan biarlah ia reda,” katanya.

Difahamkan lagi, video tersebut telah pun dipadam di laman Instagram serta saluran YouTube Tya Ariffin Family.

Terdahulu, tular gambar dan video memaparkan Siti menerima kunjungan ramai termasuk jurugambar dan jurukamera selepas dia melahirkan anak di sebuah pusat perubatan di Selangor hingga mengundang kecaman netizen.

Sumber: Harian Metro (Sudirman Mohd Tahir) / ohmymedia

Artikel Sebelum itu

“Sedihnya Double Standard” Siap Ada Jurugambar Dan Ustaz Di Hospital, Netizen Persoal SOP Melawat Siti Nurhaliza

Tanggal 19 April 2021 telah menjadi salah satu tarikh bahagia buat Dato Sri Siti Nurhaliza bersama suami dan keluarga.

Dato Sri Siti atau lebih mesra dengan panggilan Tokti telah pun selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.84 kilogram (kg) menerusi kaedah pembedahan.

Kelahiran bayi kedua Tokti itu disambut gembira oleh suami, anak-anak kepada Datuk K, ustaz serta jurugambar dan doktor yang merawat.

Dalam pada itu, ada juga yang terdetik mempersoalkan bagaimana SOP di hospital yang didiami oleh Tokti boleh membenarkan pelawat masuk selain daripada suami kerana kebanyakan hospital tidak akan membenarkan pelawat lebih-Iebih lagi untuk wanita yang baru bersalin.


lni antara salah satu ciapan yang dimuat naik oleh pengguna di Twitter yang mempersoalkan keadilan dan SOP yang diguna pakai oleh hospital, adakah is hanya untuk rakyat marhaen dan bukan untuk golongan artis, kayangan, menteri dan sebagainya?

Meninjau di ruangan ciapan tersebut, ramai yang memberikan pendapat masing-masing :

“Ade Duit Bru Bleh Cte Boss”

Ada juga peminat selidik dulu sebelum komen :

“Sebelum nk kcam bacalah dulu kt IG PA tokti depa ada bgtau yg dtg melawat trmasuk photographer semua dh buat swab test, bila negatlf baru boleh depa masuk.. “

“Sbb ko bukan artis x kan nak bawak photografer bagai. Sebelum masuk die da bayr semua to buat swab test. Klu ko nak bwk 1 kampung melawat bini ko ko sponsor lah semua buat swab test . Hospital pon ada rules die.”

Kita sudah sedia maklum bahawa ketika pandemik Covid-19, hospital kerajaan tidak akan membenarkan pelawat untuk masuk kecuali satu orang penjaga mengikut tahap kronik pesakit.

Sementara hospital swasta pula Iebih longgar dan tertakluk kepada syarat yang telah ditetapkan seperti membuat swab test terlebih dahulu sebelum melawat pesakit dan sebagainya.

Menurut sumber, ada yang mengatakan bahawa semua yang terlibat ketika menyambut kelahiran bayi kedua Tokti sudah membuat swab test sebelum melawatnya, jadi tidak ada mas.alah untuk mereka melawat.

Apa-apapun, daripada kita mengeluarkan kata-kata yang tidak baik di bulan Ramadan, lebih baik untuk kita sama-sama hormati dan doakan kesihatan bayi dan Tokti.

Video :

<span
Sumber : Twitter & Hotfm / asyrafkhalid

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*