Siti Sarah yang hamil, ibu mertua pula alami alahan

Umum sedia tahu bahawa penyanyi, Siti Sarah Raisuddin sedang hamil anak keempat. Khabar gembira tersebut pastinya disambut dengan rasa kesyukuran selepas usia anak ketiga memasuki umur 6 tahun.

 

Namun, apa yang melucukan pada kehamilan kali ini adalah ibu mertuanya iaitu ibu kepada Shuib Sepahtu pula yang mengalami alahan diawal kehamilan tempoh hari!

Ibu Shuib muntah2

Menerusi Harian Metro, Shuib menceritakan kisah lucu itu apabila ibunya menelefon dan seakan bernada marah sambil berpesan jangan menyusahkannya. Rupanya dia mengalami muntah-muntah seperti alahan wanita yang sedang hamil.

 

“Ada satu hari ibu saya telefon. Dengan nada marah-marah dia pesan jangan susahkannya. Rupa-rupanya ibu beritahu dia selalu muntah-muntah dan tidak ada selera makan.

“Saya terkejut apabila dia turut mengalami alahan teruk ketika Sarah baru hamil. Lama juga, lebih kurang sebulan ibu mengalami alahan itu,” jelasnya.

Diberi alat ujian kehamilan

Ada juga kejadian kelakar yang menjadi perbualan mereka apabila ibunya kek klinik untuk medapatkan rawatan namun diberikan alat ujian kehamilan.

 

“Ada satu lagi insiden lucu apabila ibu diberikan alat ujian kehamilan apabila pergi mendapatkan rawatan. Ibu saya marah doktor kerana dia sudah berusia 57 tahun dan sudah menopos!,” katanya Shuib.

Sama2 suka makan oren

Menurut Sarah pula, dia sama sekali tidak menyangka bahawa ibu mertuanya mengalami alahan sepertinya. Dia juga memberitahu yang ibu Shuib hanya mampu makan buah oren, sama sepertinya.

 

“Ketika kehamilan terdahulu, saya memang tidak boleh makan sebab mesti akan muntah. Ketika itu, saya hanya boleh makan buah oren. Peliknya, ibu mentua saya juga alami perkara yang sama dan dia hanya boleh makan oren.

“Namun, alahan itu sudah kembali kepada saya, tapi tidaklah seteruk dulu. Kali ini saya boleh bekerja dan rajin untuk berbuat sesuatu,” katanya.

Untuk rekod, Shuib dan Siti Sarah telah bernikah pada 2011 dan dikurnikan tiga orang iaitu Uwais Al Qarni, Dzakira Talita Zahra dan Ariq matin.

 

Sumber: Harian Metro (Najiy Jefri).

Via https://ohmymedia.cc/siti-sarah-yang-hamil-ibu-mertua-turut-sama-alami-alahan/?utm_source=fb_page&utm_campaign=publer&utm_medium=Oh%20My%20 Media.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*