Alhamdulilah!! Jue Aziz berjaya khatam al-Quran Hari ke lapan Ramadan.

Pelakon Jue Aziz meluahkan rasa syukur berjaya khatam Al-Quran pada hari kelapan Ramadan. Jue berkata dia menghabiskan semua juzuk dalam masa singkat sempena ulang tahun kelahiran ibunya yang ke-69.

 

Meskipun teruja dapat memenuhi hasrat ibunya, Nor Azmah Mohd Nor, namun Jue berkata ada satu lagi permintaan yang belum dapat ditunaikan iaitu jodoh.

“Kejutan ulang tahun kelahiran ibu. Alhamdulillah akhirnya khatam Al-Quran, syukur! Dari hari pertama Ramadan sampailah Selasa.

“Satu je lagi permintaan mak orang tak dapat tunaikan..jodoh. Tahu mak risau, tapi susah, sakit semua orang seorang pun tak apa asalkan ada mak.

“Kita bercinta berdua jelah mak. Mana tahu esok lusa jodoh orang dijemput Ilahi sempatlah orang bermanja selagi mak ada. Aandai ini Ramadan terakhir,” katanya.

 

Berkongsikan mengenai perkara itu di Instagram, Jue dalam rasa sebak berkata dia kuatkan diri untuk menyempurnakan khatam Al-Quran selepas melihat semangat ibunya.

 

“Bila kita tengok orang tua kita dalam keadaan begitu, tak larat lutut..sakit masih kejar agama, tak sihat pun masih semangat kuat, kenapa kita sihat tak buat amalan.

 

“Terima kasih mak bagi semangat percaya orang boleh khatam. I love you so much. Berkat doa mak! Ramai yang rindu tak dapat jumpa mak bapak di luar sana, buatlah sesuatu untuk mereka,” katanya.

 

Jue sebelum ini pernah berkahwin dengan pemuzik Indonesia, Bayu Daniel pada 2014 namun pada 2019, Jue memaklumkan sudah bercerai.

Sumber : https://www.rotikaya.com/jue-aziz-berjaya-khatam-al-quran-hari-kelapan-ramadan/.

Article sebelumnya,

“Asalkan Ada Mak..” Jue Aziz Tunai Impian Ibu Khatam Al-Quran, Tak Kisah Tiada Jodoh

Pelakon jelita, Jue Aziz tampil meluahkan rasa syukur apabila dia telah berjaya khatam Al-Quran pada hari kelapan bulan Ramadan tahun ini.

 

Perkara tersebut dikongsikan Jue menerusi sebuah hantaran di Instagram untuk tatapan peminat dan juga pengikut media sosialnya.

Ujar Jue, dia berjaya menghabiskan semua juzuk naskah suci itu dalam masa yang singkat kerana mahu menunaikan permintaan bonda tersayang, Nor Asmah Mohd Nor sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-69 pada hari Ahad ini.

 

Berasa teruja apabila dapat memenuhi hasrat ibunya itu, Jue juga memberitahu bahawa terdapat satu lagi permintaan yang diminta ibunya iaitu mempunyai pasangan hidup.

Jue yang kelihatan sebak dalam hantaran tersebut berkata dia menguatkan diri untuk menyempurnakan impian tersebut selepas melihat akan semangat ibunya itu yang kuat.

Pelakon filem Hantu Bonceng itu juga mengucapkan doa selama sempena sambutan hari kelahiran ibunya.

Sekadar info, Jue Aziz pernah mendirikan rumah tangga bersama pemuzik Indonesia, Bayu Daniels pada 9 Mac 2014 sebelum mendedahkan mereka sudah bercerai pada Januari 2019 yang lalu.

Perkahwinan Jue dan Bayu tidak dikurniakan sebarang cahaya mata namun mempunyai seorang anak angkat bernama Darwish Naufal yang kini berusia tujuh tahun..

Via https://beautifulnara.com/asalkan-ada-mak-jue-aziz-tunai-impian-ibu-khatam-al-quran-tak-kisah-tiada-jodoh/.

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*