Fasha Sandha Puji Anak Sulung Rizman Nordin Comel, Allah Izinkan Jumpa – “Aunty Kenal Mommy Rizqaa Sejak Remaja.”

Pelakon versatil, Fasha Sandha ada bertemu mengisi masa bersama rakan lamanya, Nurida Suraya yang juga isteri kepada pereka terkenal di bawah jenama Rizman Ruzaini, Rizman Nordin.

Pertemuan dua ibu itu nyata bagi melepaskan kerinduan, selain Fasha turut memuji kecomelan anak sulung pasangan berkenaan.

“Baby Rizqaa @rizqaarizman comelnya kamu ni nak. Thank you Rizman and baby, izinkan kami pegang baby Rizqaa ni.

“Selalu tengok dia di IG dan selalu terasa teringin nak jumpa baby comel ni, Alhamdulillah hari ni Allah izinkan jumpa,” tulisnya.

Perkongsian tersebut dibuat Fasha menerusi satu entri terkininya di Instagram.

Sambil mengakui usia Rizqaa sama dengan anak bongsunya, Fasha turut mendoakan agar bayi perempuan itu membesar dengan baik.

“Semoga membesar dengan sihat baby. Aunty kenal mommy Rizqaa sejak kami sama2 remaja.

“Alhamdulillah seronok tengok mummy bahagia dengan daddy. Syukur. Beza sebulan je dengan Aisha, semoga besar nanti dapat jadi kawan Aisha,” tulisnya lagi.

Beberapa foto yang dikongsikan itu juga turut mendapat perhatian peminat lantas pelbagai komen turut ditinggalkan.

Foto: Instagram Fasha Sandha

Via : https://www.mediahiburan.my/fasha-sandha-puji-anak-sulung-rizman-nordin-comel-allah-izinkan-jumpa-aunty-kenal-mommy-rizqaa-sejak-remaja/

 

Artikel Sebelum Itu,

Anak baru 8 bulan netizen doakan Fasha beranak lagi tapi Fasha Balas…

WAJAH comel anak kepada pasangan pelakon Fasha Sandha dan Aidil Aziz iaitu Aisha Amaira sering mencuri tumpuan pengikut di laman sosial.

Keletah dan gelagat bayi berusia lapan bulan ini menjadi perhatian peminat hinggakan ada yang meminta Fasha melahirkan lebih ramai lagi anak-anak yang comel.

Menjawab komen seorang pengikut di Instagram miliknya, Fasha, 37, berkata dia masih belum terfikir untuk menambah cahaya mata dalam masa terdekat.

 

Keletah comel Aisha Amaira sering mencuri tumpuan peminat Fasha di laman Instagram.

 

“Alamak! InsyaAllah tapi belum (masa) lagi la sis… Aisha masih kecil. Kasihan dia. InsyaAllah lagi dua, tiga tahun,” katanya.

Fasha membalas komen seorang pengikut yang memintanya menambah cahaya mata baharu dalam masa terdekat.

“Fasha tolong beranak lagi… baby comel sungguh,” tulis peminat tersebut.

Aisha Amaira Mohd Aidil dilahirkan pada 7 Ogos tahun lalu.

Fasha atau nama sebenar Nur Fasha Sandha Hassan mendirikan rumah tangga dengan Aidil Aziz, 33, pada Mac 2019 dan ia merupakan perkahwinan kali kedua buatnya.

Menerusi perkahwinan pertama, Fasha mempunyai dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli, 7, dan Putri Raysha Jemyma yang kini berusia lima tahun.

Sumber : https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2021/04/05/anak-ketiga-baru-berusia-8-bulan-tapi-peminat-dah-minta-fasha-sandha-beranak-lagi—aisha-masih-kecil-kasihan-dia?fbclid=IwAR0ugTVOck67ADI2OzL6WQ0-ZKfkf9Up5rDCYHvrapDq7SFUlIeYqM1JQSo.

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*