Uncategorized

Maafkan Ibu Sayang’, Ibu Ini Kongsikan Bahaya Perut Mengeras Ketika Mengandung

Sudah tentu setelah sekian lama mengusung bayi di dalam perut ke sana, sini buat sekian lama membuatkan hati ibu tak keruan untuk berjumpa dan memeluk bayi yang bakal dilahir.

Namun tidak semua di antara kita bernasib balk dapat memeluk anak yang dilahirkan setelah berlaku perkara yang tidak diingini dan bayi meninggal di dalam perut.

Wanita ini salah seorang daripada ibu yang diuji dengan kematian bayi di dalam kandungan. Luah ibu ini, “Maafkan ibu sayang kerana terlambat sedar yang bayinya sudah tidak ada lagi.
Ibu ini turut kongsikan bahaya perut mengeras ketika mengandung, sila alert!

ikuti perkongsian Puan Emy Salina apa yang telah dilaluinya hingga kehilangan anaknya…

 

Ibu Ini Kongsikan Bahaya Perut Mengeras Ketika Mengandung

Assalamualaikum Hari ini diberi sedikit kekuatan untuk berkongsi cerita dengan sahabat sekalian…
2 Ramadan pada jam 1230 tengah malam…
Rasa sakit mengeras di bahagian perut dan pinggang…
Saya cuba mencari posisi yang selesa dengan meletakkan bantal di bawah perut…
Nyenyak sungguh saya tidur time itu…
Sudah menjadi kebiasaan dengan usia kandungan 35 minggu  agak sukar untuk saya tidur. Mana tidaknya ,dengan tendangannya, sikunya berpusing-pusing, sungguh aktif baby saya ketika itu.

Bayi Kurang Bergerak

Tapi malam 2 Ramadan itu tiada sebarang gerakan dan saya tidur nyenyak hingga jam 5 pagi..
Bangun saja terus kalut siapkan juadah bersahur, tidak terfikir yang baby tak bergerak… Maafkan ibu sayang…
Setelah selesai bersahur dan solat subuh, kalut pula siapkan anak-anak ke sekolah… Hati memang rasa lain macam… Tapi mengenangkan memang saya ada appointment dengan doktor dan nurse pada jam 8 pagi…
Lepas hantar anak ke sekolah, saya terus ke hospital (Klinik Ibu&Anak). Pada awalnya, saya berjumpa nurse dahulu..

Tiada Denyutan Jantung

Nurse buat pemeriksaan dan cuba mencari bunyi jantung baby (gunakan alat khas). Memang tak dengar sebarang bunyi, kemudian datang nurse lain lakukan perkara yang sama.
Kemudian, nurse minta doktor pula scan bila bunyi jantung tidak dapat dikesan. Ketika scan, hati ini berdebar-debar… Sah! Memang tidak ada sebarang pergerakan dan tiada lagi denyutan jantung baby.

Saya sudah tak hiraukan sesiapa pada ketika itu… Tak tahu hendak rasa apa… Sedih, kecewa, marsh pada diri sendiri. Macam-macam saya rasa, berat hati nak beritahu suami…

 

Anak Sudah Menlnggal

Tapi saya gagahkan juga, waktu call suami dengar saja suara dia… Saya sudah macam orang gi.la time itu. Tak boleh cakap, hanya menangls. Saya gagahkan juga beritahu suami yang anak kami sudah tidak ada, sudah meni.nggal.
Suami cuba tenangkan saya, hari itu juga saya naik ambulans terus ke hospital… Sampai hospital pada jam 10 lebih…

Doktor Pakar Sakit Puan confirmkan sekali lagi, sah memang baby sudah tidak ada, saya kena segerakan sebab waktu scan itu perut baby nampak sudah membuncit.

Lebih kurang jam 2, saya dibedah. Ketika pembedahan, doktor terkejut saya sudah empat kali melahirkan anak secara pembedahan. Yang last merupakan kali ke-5 saya dibedah dan rahim saya masih cantik lagi.

Mudah nak bed.ah dan jahit semula… Jadi saya beritahu doktor tak payahlah ikat kalau sudah cantik. Tapi doktor suruh ikat juga takut risiko kalau mengandung lagi…

Terkilan Tidak Dapat Berjumpa

Baby keluar berat 3.09 kg, besar juga anak lelaki saya.
Alhamdulillah cukup sifat, nurse bawa dekat saya baby tunjuk jantina…
Selepas itu misi beritahu nak mandikan baby…
Habis saja operation, saya masih menunggu misi bawa baby pada saya kerana nak belai dan peluk dia.
Sekali lagi saya terkilan, puas menunggu baby tak kunjung tiba… Rupanya baby sudah selamat dikebum.ikan…
Ya Allah… Berat sungguh ujian-Mu ya Allah…
Jari ibu ini tak sempat lagi membelai mu, menatap wajah mu dan memeluk mu.

Sila Alert! Jika Perut Mengeras

Maafkan ibu sayang, ibu terlambat sedar yang kamu sudah tak bergerak dalam perut… Maafkan ibu…

Ya Allah tenangkanlah jiwaku… Supaya aku redha menempuh ujian seberat ini… Pada yang masih mengandung jagalah sebaik mungkin… Sila alert dengan kandungan…

Perut mengeras itu sangat bahaya… Doakan says ya kawan-kawan… Al Fatihah untuk baby Muhammad Al Ramadhan…

Berlari-larilah kamu di sans, tariklah tangan ibu, abah, kakak, abang ya masuk syurga sama-sama dengan kamu… Kamu tetap dalam ingatan ibu.

MW: Semoga ibu ini terus kuat berdepan ujian yang berat ini. Ssesugguhnya setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Sumber/ Foto : Emy Salina

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *