Uncategorized

Sering dilabel ‘kayu’, Fattah Amin terkejut menang Pelakon Lelaki Terbaik

  • Sering dilabel sebagai pelakon kayu, Fattah Amin berjaya menepis tanggapan tersebut apabila lakonannya dalam filem Mimaland merangkul trofi Pelakon Lelaki Terbaik di World Film Carnival (WFC) Singapore 2021.

Sering dilabel sebagai pelakon kayu, Fattah Amin berjaya menepis tanggapan tersebut apabila lakonannya dalam filem Mimaland merangkul trofi Pelakon Lelaki Terbaik di World Film Carnival (WFC) Singapore 2021.

Menurut laporan BH Online, pemilik nama Abdul Fattah Mohd Amin itu mengakui terkejut selepas dimaklumkan oleh pihak pengurusan selain menganggap kemenangan tersebut adalah rezeki.

 

“Sebaik melihat nama tertera di laman web WFC sebagai pemenang, saya jadi terkejut. Memang saya tidak sangka.

“Secara jujur, masih banyak lagi yang perlu saya belajar daripada bidang lakonan. Ini bukanlah yang terbaik. Bagaimanapun…

“…saya anggap kemenangan ini rezeki kerana ini adalah julung kali lakonan saya mendapat pengiktirafan peringkat di antarabangsa,” katanya.

Tambah pelakon berusia 31 tahun itu, ia secara tidak langsung dapat menjadi pemangkin semangat dalam berkarya kerana kemenangan itu bukan berdasarkan undian peminat.

 

“Seperkara yang menarik mengenai anugerah ini adalah ia dibuat berdasarkan penilaian juri profesional, bukannya atas undian,” ujarnya.

Selain Fattah, filem bergenre seram arahan Nevin Hiong itu turut dibintangi oleh Sophia Albarakbah, Farah Ahmad dan ramai lagi.

 

Pada 2017, penyanyi lagu Wanita Terakhir itu telah diumumkan sebagai Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 30.

Sumber: BH Online (Farihad Shalla Mahmud)

Via https://ohmymedia.cc/sering-dilabel-kayu-fattah-amin-terkejut-menang-pelakon-lelaki-terbaik/?utm_source=fb_page&utm_campaign=publer&utm_medium=Oh%20My%20 Media.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *