Suami izin Amyra Rosli bersentuhan dengan pelakon lelaki asalkan berlapik.

Tampil berhijab sejak Oktober 2019, pelakon Amyra Rosli berkata dia mahu menjaga batasan lebih-lebih lagi membabitkan babak bersentuhan dengan pelakon lelaki.

Bagaimanapun, Amyra berkata suaminya, Amar Baharin memberi keizinan untuk melakukan adegan bersentuhan dengan pelakon lelaki namun perlulah berlapik.

“Saya tiada letak syarat apa-apa dalam lakonan. Cuma, saya ada bertanya pada suami bagaimana jika ada babak memerlukan saya bersentuhan dengan pelakon gandingan.

“Amar memberi keizinan dan tiada masalah, asalkan dibuat dengan berlapik. Apapun, semuanya bergantung kepada pasangan saya dalam lakonan. Jika mereka okay untuk bersentuhan, tetapi berlapik, saya ikut sahaja. Jika tidak, saya mengekalkan prinsip tidak bersentuhan,” katanya.

Bergandingan dengan Saharul Ridzwan dan Izzue Islam menerusi drama Sabarlah Duhai Hati, Amyra meluahkan rasa syukur dua hero itu banyak mengajarnya teknik menghidupkan babak romantis tanpa bersentuhan.

“Saya menjadi heroin untuk dua aktor ini. Kita semua tahu, Saharul dan Izzue langsung tidak bersentuhan dengan pelakon wanita dan saya menghormati pendirian mereka.

“Sebagai pasangan suami isteri, ada babak romantis yang dilakonkan. Sebagai orang berpengalaman, Saharul ajar saya teknik bagaimana mahu menampakkan kemesraan tanpa sentuhan fizikal seperti ‘menipu’ dari segi posisi tubuh, bantuan sudut dan gerak kerja kamera,” katanya.

Sumber : https://www.rotikaya.com/suami-izin-amyra-rosli-bersentuhan-dengan-pelakon-lelaki-asalkan-berlapik/.

Article sebelumnya,

Jaga batas..Amyra Rosli syukur Mereka ajar teknik babak romantis tanpa perlu bersentuhan

Sesuai dengan penampilan berhijab, aktres Amyra Rosli bersyukur apabila digandingkan dengan aktor Saharul Ridzwan dan Izzue Islam dalam drama terbaru lakonan mereka, Sabarlah Duhai Hati.

 

Memetik laporan Xtra, aktres berusia 30 tahun itu berkata, dua aktor tersebut sangat menjaga batas ketika menjayakan babak romantis tanpa perlu bersentuhan antara satu sama lain.

 

Saya amat menghormati Saharul dan Izzue kerana mereka berdua sangat menjaga batas dan mengajar saya teknik tertentu…

“…untuk melakonkan adegan romantik supaya lakonan itu berkesan tanpa perlu bersentuhan,” kata pemilik nama Nur Amira Izzati Rosli itu.

Menurut Amyra, suaminya Amar Baharin juga memberi izin sekiranya perlu melakonkan babak bersentuhan dengan pelakon lelaki, namun ia perlu berlapik.

 

“Biasanya bukan babak bersentuhan bersama hero sahaja tetapi macam dengan watak seperti bersalaman antara ahli keluarga, bapa dan sebagainya,” ujarnya.

Drama adaptasi novel hasil karya Mimie Afinie itu diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading dan akan ditayangkan di slot Akasia TV3, bermula 28 April ini.

 

Sumber: Xtra

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*