Muhammad Afwa, Nama Anak Kedua Siti Nurhaliza

Beberapa tahun lepas, lagu ‘Comel Pipi Merah’ nyanyian Datuk Siti Nurhaliza ditujukan khas buat anak perempuannya, Siti Aafiyah pernah menjadi ‘trending’ di seluruh Malaysia.

 

Sempena kelahiran anak keduanya pada 19 April 2021 lalu, penyanyi yang mesra disapa Tokti itu dikhabarkan turut mencipta lagu baru berjudul ‘Anakanda’ buat puteranya itu.

 

Lagu ‘Anakanda’ khas buat putera tercinta.

Video pendek memaparkan ‘teaser’ MV lagu tersebut dikongsi oleh pelantun lagu ‘Anta Permana’ itu menerusi laman Instagram miliknya.

Pilih rentak ‘inang’ sebangai konsep lagu

Memetik temubual bersama Gempak, penyanyi berusia 42 tahun itu mencipta lagu berkenaan ketika sedang mencari ilham lagu khas untuk anak yang bakal dilahirkan.

 

“Siti pilih rentak inang bagi menyesuaikan dengan konsep keseluruhan album kanak-kanak klasik, Legasi,” katanya.

Video muzik penuh lagu Anakanda dijangka akan disiarkan secara rasmi di saluran YouTube Siti Nurhaliza pada hari Isnin, 26 April 2021, jam 9 malam.

 

Tak sabar nak tengok MV

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan rasa tidak sabar ingin mendengar ‘buah tangan’ Tokti buat putera sulungnya.

Difahamkan lagi, lagu ‘Anakanda’ menggambarkan harapan ibu bapa terhadap jati diri seorang anak lelaki di samping menerapkan nilai bertanggungjawab kepada orang sekeliling.

 

Sumber: Gempak (Maliah Surip), Instagram Ctdk.

Article sebelumnya,

“Saya Harap Siti & Juga Anak Dikurniakan Segala Kebaikan Oleh Allah SWT,” – Tun Dr. Mahathir Mohamad

 

Seperti yang diketahui, penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza telah selamat melahirkan cahaya mata keduanya pada jam 6.21 pagi, hari ini.

 

Bukan itu sahaja, khabar gembira itu disambut baik oleh rakan selebriti serta peminat.

Dalam pada itu, bekas Perdana Menteri Malaysia ke-7, Tun Dr. Mahathir Mohamad ada menitipkan ucapan tahniah kepada penyanyi yang sinonim dengan lagu Comel Pipi Merah itu.

Assalamualaikum Siti, saya ucap tahniah kerana dapat lahir anak yang kedua. Saya harap Siti dan juga anak dikurniakan segala kebaikan oleh Allah SWT. Tahniah Siti,” katanya menerusi satu rakaman video yang dimuat naik di laman media sosial Twitter.

 

Sekadar informasi, Siti selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.84 kilogram secara pembedahan di sebuah pusat perubatan di Selangor.

 

Imbas kembali, Siti mendirikan rumah tangga bersama Datuk Khalid Mohamad Jiwa pada 21 Ogos 2006 dan selamat bergelar ibu selepas melahirkan puteri sulung, Siti Aafiyah pada 19 Mac 2018.

Foto: Twitter Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Sumber : https://www.google.com/amp/s/www.mediahiburan.my/saya-harap-siti-juga-anak-dikurniakan-segala-kebaikan-oleh-allah-swt-tun-dr-mahathir-mohamad/amp/.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*