Gigih Beri Semangat & Lawat Keluarga Kru2 Kapal Lain, Tabahnya Isteri Seorang Komander

Tragedi KRI Nanggala-402 merupakan satu detik hltam dalam sejarah negara Indonesia apabila kapal selam membawa seramai 53 orang anak kapal itu dilaporkan tenggelam sedalam 838 meter di dasar laut.

Namun apa yang lebih menyedlhkan adalah apabila kesemua kru kapal tidak dapat diselamatkan dan disahkan menl.nggal dunia ketika bertugas.

Sewaktu misi pencarian kapal selam tersebut sedang dijalankan, banyak kisah sedlh berkaitan ahli keluarga mangsa menjadi tular di serata laman sosial.

Salah satu kisah yang menjadi perhatian ramai adalah berkenaan isteri kepada Komander KRI Nanggala-402 Kolonel Harry Setiawan, iaitu Winny Widayanti.

Jadi sumber kekuatan ahli keluarga lain

Winny Widyanti (Baju biru – Tengah)

Di saat suami dan KRI Nanggala-402 masih belum ditemui, wanita berhati waja itu tampil menjadi sumber kekuatan dan memberi semangat kepada ahli keluarga setiap kru kapal lain.

Meskipun dirinya diselubungi perasaan bimbang terhadap keberadaan suaminya, wanita berusia 45 tahun itu tetap tabah menawarkan sokongan moral kepada isteri-isteri kru kapal yang terlibat.

Ziarah setiap ahli keluarga, beri semangat

Memetik laporan Kompas, wanita yang mesra disapa Winny itu sanggup menziarahi rumah setiap kru kapal bagi tujuan  berkongsi kekuatan bersama ahli keluarga mereka dalam mengharungi apa jua kemungkinan yang bakal terjadi.

Isteri Komander (Baju Coklat – Kiri) , Ibu Komander (Tudung hitam – Kanan)