Idris Khan minta hentikan trend menunjuk-nunjuk bagi duit ‘cash’ pada ibu bapa – “Buat kebaikan biar Allah saja tahu”

PELAKON Idris Khan tidak bersetuju dengan tindakan segelintir pihak yang gemar menunjuk-nunjuk kebaikan yang dilakukan di media sosial.

Menerusi komen yang ditinggalkan Idris atau nama sebenarnya, Idris Khan Abdul Ghaffar Khan, 33, di laman Instagram @mstaronlineofficial, perkara sedemikian sudah menjadi trend semasa yang dilihat sebagai tidak sihat.

“Rasanya ramai yang berkeinginan nak buat seperti ini untuk ibu mereka tetapi tidak semua murah rezekinya sebegini.

 

“Jadi sebaiknya buat kebaikan, bagi tangan kanan tangan kiri tak nampak. Hentikan trend suka menunjuk bagi wang tunai.

 

“Simpan untuk diri sendiri cukup… Allah tahu,” katanya.

Komen Idris di Instagram @mstaronlineofficial.

 

Idris menulis komen itu menerusi perkongsian video TikTok menunjukkan seorang wanita dikenali sebagai Nabilah Nazib, 30, yang menyerahkan hadiah wang tunai berjumlah RM25,000 kepada ibunya, Rushila Abdul Karim.

Pelakon drama bersiri Tuan Danial itu berharap agar orang ramai tidak terikut-ikut dengan perkara sebegitu yang semakin banyak berlaku di media sosial sekarang.

“Jadilah manusia yang kejar untuk membuat kebaikan, bukan manusia yang kejar untuk ‘menunjuk’ kebaikan,” ujarnya.

Komen yang ditulis Idris itu juga turut dipersetujui oleh pelakon Mustaqim Bahadon yang mengatakan ‘kebaikan’ itu hanya sekadar satu perbuatan untuk menunjuk-nunjuk kepada netizen di luar sana.

“Sekarang macam berlumba-lumba pula orang nak tunjuk siapa paling buat baik dengan ibu bapa. Siapa paling bagi hadiah mahal pada ibu bapa,” katanya.

 

Selain Mustaqim, rata-rata netizen juga meluahkan perkara yang sama berharap agar trend sebegitu dihentikan lebih-lebih lagi ia dilihat tidak selamat untuk memberikan sejumlah wang yang besar dalam bentuk tunai.

“Buat posting tunjuk duit ini bahaya sebenarnya sebab boleh jadi target perompak.

 

“Bahaya ni kalau tiba-tiba ada orang datang pecah masuk (rumah).

 

“Hati-hati, takut ada yang sedang memerhati… tunjuk duit berkepuk-kepuk, bahaya pada mak tu,” komen netizen.

Sumber : https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2021/04/25/idris-khan-minta-hentikan-trend-menunjuk-nunjuk-bagi-duit-cash-pada-ibu-bapa—buat-kebaikan-biar-allah-saja-tahu#.YIYRVwFbsnY.twitter.

Article sebelumnya,

Tiada istilah berkira! Anak hadiah cash RM25,000 sempena hari lahir ibu, setiap bulan beri RM20,000 – “Mak ayah ni ‘paip’ rezeki”

SETIAP anak pastinya memasang impian untuk membahagiakan kedua ibu bapa mereka.

Menerusi aplikasi TikTok, tular video memaparkan seorang wanita menyerahkan wang tunai berjumlah RM25,000 kepada ibunya.

Wanita berkenaan, Nabilah Nazib, 30, ketika dihubungi mStar sempat bercerita mengenai kisah sebenar di sebalik video tular yang meraih lebih 160,000 tontonan itu.

Mesra disapa Nabilah, dia berkata ia merupakan hadiah kepada ibunya, Rushila Abdul Karim, 57, untuk dijadikan sebagai simpanan di dalam bank.

“Video itu dirakam pada hari Jumaat. Saya memang dah berjanji nak bawa mak pergi bank untuk dia punya lucky draw (cabutan istimewa) Sijil Simpanan Premium (SSP).

“Saya keluarkan wang tunai dan ia memang khas untuk dia. Mak jenis tak pakai barang kemas, handbag dan sebagainya. Kebetulan hari lahir mak pada 22 April.

“Bila fikir nak bagi hadiah apa, saya buat keputusan untuk bagi wang. Lagipun dia tak pernah menang lucky draw bank tu sebab tak pernah menyimpan banyak. Jadi saya bagi jumlah yang besar untuk dia sertai kali ini,” ujarnya.

Menurut Nabilah yang juga pengasas produk kesihatan rambut, dia sama sekali tidak menyangka video pemberian buat ibunya itu akan meraih perhatian ramai di TikTok.

Jelasnya, ia dimuat naik untuk disimpan sebagai kenangan, namun berharap video itu dapat memberi inspirasi kepada insan di luar sana agar terus berbakti kepada orang tua mereka.

“Saya gembira apabila ia dapat menjadi peringatan bersama. Saya harap video tu dapat memberi inspirasi.

“Tak kisah banyak atau sikit, kita perlu berbakti kepada ibu dan ayah,” ujarnya.

Kata Nabilah yang sudah lima tahun menjalankan perniagaan, ibu bapa dianggap sebagai ‘paip’ rezeki dan keberkatan mereka menjadi perkara utama yang dititikberatkan olehnya.

“Mak ayah ni ‘paip’ rezeki. Kalau nak lagi banyak wang mengalir, bagi je banyak lagi kepada mereka.

 

“Doa mereka sangat penting. Kalau mak ayah dah tiada, ‘senjata’ doa untuk kita pun dah tak ada,” ujarnya lagi..

 

Tiada istilah berkira! Anak hadiah cash RM25,000 sempena hari lahir ibu, setiap bulan beri RM20,000 – “Mak ayah ni ‘paip’ rezeki

Video yang dikongsi Nabilah meraih lebih 160,000 tontonan menerusi TikTok.

SETIAP anak pastinya memasang impian untuk membahagiakan kedua ibu bapa mereka.

Menerusi aplikasi TikTok, tular video memaparkan seorang wanita menyerahkan wang tunai berjumlah RM25,000 kepada ibunya.

 

Wanita berkenaan, Nabilah Nazib, 30, ketika dihubungi mStar sempat bercerita mengenai kisah sebenar di sebalik video tular yang meraih lebih 160,000 tontonan itu.

 

 

 

Mesra disapa Nabilah, dia berkata ia merupakan hadiah kepada ibunya, Rushila Abdul Karim, 57, untuk dijadikan sebagai simpanan di dalam bank.

 

“Video itu dirakam pada hari Jumaat. Saya memang dah berjanji nak bawa mak pergi bank untuk dia punya lucky draw (cabutan istimewa) Sijil Simpanan Premium (SSP).

 

 

 

Paparan skrin video tular itu.

 

“Saya keluarkan wang tunai dan ia memang khas untuk dia. Mak jenis tak pakai barang kemas, handbag dan sebagainya. Kebetulan hari lahir mak pada 22 April.

 

“Bila fikir nak bagi hadiah apa, saya buat keputusan untuk bagi wang. Lagipun dia tak pernah menang lucky draw bank tu sebab tak pernah menyimpan banyak. Jadi saya bagi jumlah yang besar untuk dia sertai kali ini,” ujarnya.

 

Kalau mak ayah dah tiada, ‘senjata’ doa untuk kita pun dah tak ada.

NABILAH

Menurut Nabilah yang juga pengasas produk kesihatan rambut, dia sama sekali tidak menyangka video pemberian buat ibunya itu akan meraih perhatian ramai di TikTok.

 

Jelasnya, ia dimuat naik untuk disimpan sebagai kenangan, namun berharap video itu dapat memberi inspirasi kepada insan di luar sana agar terus berbakti kepada orang tua mereka.

Sumber : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*