Uncategorized

“My Wedding Dress” Muat Naik Gambar Baju Cantik, Ameera Khan Pula Bakal Bernikah?

Foto yang dimuat naik oleh Ameera turut diikuti dengan foto beliau berada di masjid…

Tanggal 26 Mac lalu, kita dikejutkan dengan berita gembira mengenai majlis pernikahan serba putih dan serba mewah oleh pasangan Noor Neelofa dan Haris Ismail.

Adakah dalam masa terdekat ini, satu lagi majlis perkahwinan akan diadakan bagi menyambut ahli keluarga baharu?
Adik Neelofa iaitu Ameera Khan telah memuat naik beberapa dress serba mewah di Instagram story miliknya pada 25 April lalu.

“My wedding dress from Dior”

Dalam masa yang sama pada pagi 26 April, Ameera turut memuat naik foto kubah di sebuah masjid yang dikunjunginya.

Namun, kesahihan perkara tersebut masih lagi tidak dapat dipastikan memandangkan keluarga mereka ini penuh dengan kejutan dan teka-teki.
Sebelum ini pun, secara tiba-tiba kakak sulung mereka iaitu Noor Nabila turut telah mendirikan rumah tangga bersama dengan Engku Emran tanpa pengetahuan awal umum.

Apa pun, apa salahnya kalau benar jika tidak lama lagi Ameera juga akan mendirikan rumah tangga, mungkin sudah sampai jodoh untuknya.

Boleh jadi juga Ameera hanya bergurau kan, tapi apa pun kalau is benar berlaku mesti berita itu akan dikongsikan kepada umum.

Sumber foto: Instagram Ameera Khan

 

Artikel Sebelum ini

Penampilan Terkini Ameera Khan, Jadi Bualan Netizen

Adik kepada selebriti terkenal Neelofa, Ameera Khan pula menjadi bualan hangat netizen.Nur Ameera Khan itu sudah berhijab.

Selepas kakaknya Nor Neelofa mendirikan rumah tangga,Ameera Khan terus mengenakan gaya baharu dan kini beliau terus menjadi seorang model yang berhijab.

Rata-rata netizen gembira dengan perubahan Ameera Khan.Beliau yang kini tampak lebih manis dan menawan saat mengayakan tudung.

KOMEN NETIZEN:

Alhamdulillah…semoga terus istiqamah berhijab…comel maniss jee macam ni…subhanallah…indah sungguh ciptaan allah

Dah perasan haritu lagi, latest post semua gmbr2 yg menunjukkan perubahan ke arah kebaikan, slow2 berubah ye semoga dipermudahkan

Buktikan muslimah pun Web je stylekan barang branded ni… X perlu pun ikut western style to

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *