Belanja suara di HotFm dipuji, Aniq sempat luah rindu buat Cik B

Pelakon remaja baru, Aniq Suhair nampaknya kembali menjadi perhatian peminat dengan lakonannya dalam drama berjudul Tak Sempurna Mencintaimu.

Aniq Suhair memegang watak sebagai adik kepada pelakon, Intan Najuwa yang diberi nama Safwan dan ternyata lakonannya itu mendapat pujian dan perhatian oleh wargamaya.

Sementara itu, menerusi ruangan Instagram dapat dilihat beberapa rakaman video yang memaparkan dirinya menjadi tetamu undangan di siaran radio popular, HotFM dan sempat juga pelakon baru ini belanja suaranya kepada pendengar dengan menyanyikan lagu pembukaan drama lakonannya itu.

Lagu nyanyian Khai Bahar berjudul Durja itu dinyanyikan oleh Aniq Suhair juga berjaya memikat hati wargamaya yang bukan sahaja lakonannya dalam Tak Sempurna Mencintaimu dipuji bagus malah suaranya juga menerima reaksi positif ramai.

Budak ni memang pandai berlakon”

Sehingga diruangan komen, peminat tersenyum sendiri gara-gara rakaman video tersebut.

Dalam pada masa yang sama, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Sumber : https://himpunanceritalawak.com/2021/04/27/belanja-suara-di-hotfm-dipuji-aniq-sempat-luah-rindu-buat-cik-b/.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*