“Kuatnya TokTi, Bukan Bers@lin C@esar Ke…?” – Gelagat Dato’ Sri Siti Nurhaliza Sibuk Menguruskan Majlis Tahnik Dipuji Wargamaya

Satu Malaysia tumpang gembira apabila penyanyi kesayangan nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza atau lebih mesra dengan panggilan TokTi telah selamat mel4hirkan bayi lelaki pada 19 April 2021 bersamaan 7 Ramadan 1442H pada pukul 6:21 pagi. Menerusi kenyaaan rasmi di Instagram miliknya, difahamkan TokTi mel4hirkan anakandanya menerusi kaedah pemb3dahan.

Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan TokTi tidak senang duduk dalam menguruskan majlis t4hnik anakanda beliau dek kerana bimbang para tetamu tidak dapat tempat duduk yang selesa semasa majlis berlangsung. Boleh dikatakan ada segelintir daripada ibu yang mel4hirkan anak secara pemb3dahan ini tidak terlalu berupaya untuk bergerak, namun tidak bagi TokTi yang tampak kuat dan bersemangat semasa majlis.

TokTi yang masih dalam keadaan ‘berp4ntang’ itu mendapat perhatian wargamaya kerana perwatakannya yang begitu bersemangat meskipun baru bersalin. Meninjau di ruangan komen, rata-rata daripada wargamaya kagum dengan sikap TokTi yang gigih serta kuat itu. Ada juga di kalangan mereka yang memberi pesanan kepada selebriti kesayangan mereka ini agar tidak terlalu keras bekerja.

Menerusi sebuah posting di Instagram miliknya, TokTi telah memuat naik gambar serta mengumumkan nama anakanda beliau yang diberi nama Muhammad Afwa. Menurutnya, nama ‘Afwa’ dipetik daripada sebuah doa yang dipilih oleh TokTi dan suami, Dato’ Khalid iaitu doa lengkap Aafiyah. MasyaAllah, sungguh comel dan manis Afwa ni salin tak tumpah seperti wajah Tokti dan Aafiyah. Semoga anakanda Afwa membesar dengan sihat hendaknya.

 

Penulis: Aqilah Paharuzi

Via : http://www.riverbed.me/2021/04/27/kuatnya-tokti-bukan-berslin-cesar-ke-gelagat-dato-sri-siti-nurhaliza-sibuk-menguruskan-majlis-tahnik-dipuji-wargamaya/.

Article sebelumnya,

MUHAMMAD AFWA NAMA ANAK SITI NURHALIZA, BERMAKSUD KEMAAFAN DAN KEAMPUNAN.

Penyanyi nombor satu negara, Dato Sri Siti Nurhaliza akhirnya mendedahkan wajah serta nama anak keduanya kepada umum.

 

 

Perkara itu didedahkan di akaun media sosial penyanyi Aku Bidadari Syurgamu sebentar tadi sempena dengan genap 7 hari usia anak keduanya itu.

 

Siti telah menamakan anaknya dengan nama Muhammad Afwa yang bermaksud keampunan dan kemaafan.

 

 

Tulis Siti lagi, nama itu diberikan sempena anaknya yang lahir di bulan keampunan iaitu bulan Ramadan malah di dalam doa malam lalilatul qadar ada menyebut nama Afwa.

 

 

“AFWA MELENGKAP AAFIYAH DAN TERDAPAT DI DALAM DOA YANG SAYA DAN SUAMI PILIH IAITU DOA LENGKAP AFIYAH”, TULISNYA.

 

 

Tahniah sekali lagi Dato’ Sri Siti diatas kelahiran putera kesayangan ramai. Semoga Aidilfitri tahun ini lebih bermakna dengan kehadiran Muhammad Afwa dan Aafiyah disisi.

 

 

Sumber : Instagram.

Via https://oijom.com/siti-dedah-wajah-dan-nama-anak-kedua/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*