“Indah, Sangat Indah” – Buat Kali Pertama, Sharnaaz Ahmad Buka Puasa Dengan Jebat Jayden

Bulan Ramadan tahun ini Iebih bermakna buat pelakon Sharnaaz Ahmad, 36, apabila dapat berbuka puasa buat kali pertama dengan anak tunggalnya, Jebat Jayden Ahmad pada 17 April lalu.

Menurut Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad berkata momen terindah bersama itu diabadikan di kediamannya.

“Ya.. itu kali pertama dapat berbuka dengan Jebat sejak dia lahir. Indah, sangat indah.

“Kita semua kan tengah berpuasa, Jebat ajak ja makan sekali nak suapkan,” katanya menerusi kiriman WhatsApp.

Tambah pelakon filem Polis Evo 3, dia seronok melayan telatah Jebat yang kini suka menyanyi dan menari.

“Jebat suka menyanyi dan menari. Bila dengan Jebat, memang nampak sisi saya yang lain sebab saya sekali kena menyanyi.

“Memang kalah Ia, Jebat mesti nombor satu,” kata Sharnaaz.

Dalam pada itu, anak kelahiran dari negeri Pulau Pinang akui mudah untuk menguruskan Jebat kerana dia seorang anak yang baik.

“Jebat senang raja nak urus tapi biasalah ada mood swings. Kalau mood swings payah sikit Ia.

“Bila Jebat dekat rumah saya memang saya akan uruskan dia termasuk mandikan dan beri dia makan sambil dibantu pengasuh, Ika,” katanya lagi.

Terdahulu, Sharnaaz dan Noor Nabila berkahwin pada 31 Mac 2017 namun bahtera yang dibina tidak bertahan lama apabila mereka disahkan bercerai pada 9 Julai tahun lalu.

Hasil perkahwinan tersebut, pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden Ahmad yang kini berusia tiga tahun.

Sumber : gempak

Sharnaaz Cakap “boi org puasa tau” – Respon spontan Jebat Jayden Buat Peminat Geli Hati

Lucu..Respon spontan Jebat Jayden bikin bapanya ketawa.

 “Ya Allah seketol dah laa comet bijak pulak tu…kecik-kecik dah pandai drama buat lawak “

Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, si cilik ini pasti memiliki `darah penghibur’ seperti bapanya.

Menerusi video hantaran yang dimuat naik oleh pelakon, Sharnaaz Ahmad di laman Instagram miliknya, terserlah ikatan erat anak dan bapa bergurau walaupun ikatan rumahtangga pelakon ini sudah terhenti namun, senyuman manis si anak tetap terukir apabila sentiasa bertemu dengan bapanya.

Video :

Gelagat comel Jebat Jayden sentiasa dapat meraih perhatian netizen apatah lagi semenjak sudah semakin jelas bertutur.

“hahahaahahahaha sutra betul tengok lebat ni bila dengan baba dia… macam-macam gelagat betul”

“Dia makan push pop, aku cakap, boi org puasa tau, dia holeh lepaih ayat senapas ja.. “Tau Takott” adoi lah burung sekoq ni..”

Mengikuti perkembangan si cilik Jebat Jayden iaitu anak sulung kepada pelakon, Sharnaaz Ahamad dan bekas isteri Noor Nabila, Jebat kini dikhabarkan berada di bawah jagaan ibunya.

Namun begitu, Sharnaaz Ahmad sentiasa diberi peluang untuk meluangkan masa bersama anaknya itu.

Video:

Menerusi sumber sebuah laman portal, Sharnaaz mula menyedari anaknya kini sudah menunjukkan minat dalam muzik dan gemar bermain peralatan muzik seperti gitar.

Rata-rata peminat terhibur dengan jenaka lucu perbualan Jebat Jayden bersama bapanya kerana lebih terlihat mesra dan kelakar.

Sumber : hotfm

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*