“Walaupun Lofa dah berpunya, abang tetap support Lofa..” – Suhaimi Saad by

Tindakan usahawan dan selebriti popular, Neelofa yang menawarkan bantuan bagi menyelesaikan kompaun RM50,000 disambut baik oleh peniaga burger Wan Mohd Faisal Wan Kadir, semalam.

Bagi penyanyi Suhaimi Saad pula, dia menyatakan sokongan penuh kepada bekas pengacara MeleTOP itu kerana mempunyai rasa empati terhadap nasib Wan Mohd Faisal atas kesalahan berniaga melebihi had masa.

 

Menerusi laman Instagram, bekas anggota kumpulan In-Team itu berkongsi sebuah paparan skrin berita mengenai isu berkenaaan dan menyuarakan pendapat peribadinya di ruangan kapsyen.

“Walaupun Lofa dah berpunya, abang tetap support Lofa. Sebab Lofa ada otak dan hati,” tulisnya.

Menerusi penulisan tersebut, dia juga membuat perbandingan antara sikap Neelofa dan segelintir pemimpin dengan mendakwa mereka memikul jawatan serta tanggungjawab sambil lewa.

“Time pilihan raya bukan main berjanji. Nak tegakkan Islam lah. Nak tegakkan keadilan lah. Nak bela Melayu lah. Nak bela rakyat lah.

“Kau ingat hidup dan jawatan kau tu main² ke.. rakyat akan tuntut tau tak. Tuhan akan balas,” luahnya.

Tangkapan skrin Cari Forum, dari tahun 2018

Sebelum ini, tular di media sosial kisah mengenai Wan Mohd Faisal yang didatangi beberapa anggota polis ketika menyiapkan tempahan pelanggan di hadapan rumahnya di Kampung Rambutan Rendang, Kota Bharu.

 

Dalam masa sama, Neelofa nafi menyindir peniaga itu dengan berkongsi gambar berserta kapsyen, ‘moreh burger malam ni meh’ selepas didenda RM60,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sewaktu majlis akad nikahnya, bulan lalu.

Sumber: Instagram Suhaimi Saad , Cari Forum.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*