“Berhenti la slasat, semua harta hasil 16 tahun berniaga..” – Isteri abang burger

Peniaga burger, Wan Mohd. Faisal Wan Kadir meminta orang ramai berhenti ‘menyiasat’ hal peribadinya selepas tular beberapa posting di media sosial mengenai dirinya yang didakwa menjalani kehidupan mewah.

Menerusi laporan Sinar Harian, isterinya Norlaili Shafii berkata, pendedahan foto warganet seperti rumah dan kereta jenis Honda Civic adalah hasil kerja keras mereka sejak 16 tahun menjalani perniagaan.

“Rumah ini hutang dengan adik-beradik dan mertua lebih RM16,000 belum terbayar, mujur adik memahami. Saya jual barang kemas untuk bina rumah ini, 306 meter persegi, tiga bilik saja pun.
“Mungkin binaan dari luar kelihatan seperti banglo mewah. Kereta beli tahun 2018, bukan hak saya, hak bank, masih hutang. ALLAH Maha Besar, saya sudah tidak mampu jelaskan satu persatu, cukup-cukuplah tu, katanya.

Selain gambar tersebut, wanita berusia 37 tahun itu turut menjelaskan foto memaparkan suaminya yang menikmati steak serta resit bayaran mencecah lebih RM900 yang dirakam pada tahun lalu.

“Adik saya mengandung, mengidam. Kami makan sekeluarga lebih 10 orang. Kongsi bayar bil. Itulah kali pertama saya makan steak mahal di sebuah restoran bersebelahan Kota Darul Naim.
“Sebelum C0vid-19, saya berniaga bermula jam 6 petang sehingga 4 pagi. Pendapatan kami terjejas sejak setahun lalu kerana pandemlk. Berhentilah sias4t sebab boleh jadi fi.tnah,” tegasnya.

Terdahulu, Wan Mohd. Faisal dikenakan k0mpaun RM50,000 bagi kesal4han berniaga melebihi waktu ditetapkan di Kota Bharu, pada Ahad lalu sehingga menimbulkan simpati orang ramai.

Bagaimanapun, warganet mula bengang selepas tular beberapa keping foto pasangan tersebut yang didakwa seolah-olah bukan ‘orang susah’ seperti disangka.

Sumber: Sinar Harian (Adila Sharinni Wahid)

via ohmymedia

Peniaga burger viral sebenarnya hidup mewah, Pernah makan Tomahawk harga RM 1000.00?

Kalau lah betul apa yang dikatakan, memang satu Malaysia kena tipu! Peniaga burger Faisal Burger yang viral baru-baru ini gara-gara dirinya dikompaun RM50,000 kerana jual burger lebih masa dikatakan hidup mewah.

Fuh sakan abang burger kita ni, dia dikatakan pernah makan di restoran Tomahawk dengan bil mencecah RM1,000 lebih.

Bukan itu sahaja, ramai netizen ‘menyiasat’ dan menjumpai banyak lagi bukti yang menunjukkan dia bukanlah tidak mampu seperti yang digembar-gemburkan.

Dan kompaun yang dikenakan itu memang patut pun disebabkan dia melanggar SOP. Berniaga melebihi masa. Ye lah, pihak berwajib pun mestilah menjalankan tugas. Takkan lah sesuka hati diorang jer nak saman kalau tak buat salah.

Hmm..macam-macam betul lah. Apa pendapat anda? Komen sikit.

Sumber : https://www.rotikaya.com/peniaga-burger-viral-rupanya-hidup-mewah-pernah-makan-tomahawk-rm1000/.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*