Pendakwah Terkenal Indonesia, UAS Selamat Nikahi Gadis Usia 19 Tahun

Jakarta: Ustaz Abdul Somad (UAS) selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, gadis 19 tahun, Fatimah Az Zahra, hari ini, lapor detik.com.

Abdul Somad sebelum ini dikhabarkan mahu melangsungkan pernikahan pada Mei ini, namun secara mengejut, beliau memuat naik gambar pernikahannya dengan Fatimah di media sosial.

Menerusi Instagram peribadinya, Abdul Somad mencatatkan hantaran, “Pernikahan UAS pada 16 Ramadan 1442H bertepatan dengan 28 April 2021 pukul 16.30 WIB (waktu Indonesia Barat).”

Dalam gambar yang dimuat naik itu, Abdul Somad dan Fatimah mengenakan busana berwarna senada, selain ibu bapa Fatimah, Salim Sholeh Barabud, 52 dan Bibi Kulsum, 52, dilihat turut merakamkan gambar bersama.

 

Detik.com melaporkan, Abdul Somad menikahi Fatimah dengan mas kahwin 244 gram emas.

Terdahulu, UAS mendirikan rumah tangga dengan Mellya Juniarti pada 2012 sebelum bercer4i pada 3 Disember 2019. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Mizyan Hadziq Abdillah.

Sumber : https://www.hmetro.com.my/.

Article sebelumnya,

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*