“Sebar Boleh Berlakon,menyanyi & Rap”video Hannah Delisha padu menyanyi lagu rap raih pujian

Sebelum ini tvlar di media sosial pelakon cantik, Hannah Delisha mengalunkan selawat al-Fatih sehingga menjadi perbualan peminat.

Video cvri2 dari suami

 

Kali ini, satu lagi video yang diambil ‘cvri-cvri’ oleh suaminya, Imam Shah menunjukkan bakat Hannah yang boleh menyanyi rap dengan baik ketika menunggu scene dalam sebuah drama lakonan mereka berdua.

 

 

 

 

Dalam video yang berdurasi 33 saat itu, pelakon

kelahiran Singapura tersebut seakan begitu asyik mengikuti rentak lagu rap yang dipasangan di telefon bimbitnya.

Dia juga seperti tidak perasan yang suami tersayang merakam aksi comel itu dan terus-terusan menunjukkan bakat tersebut.

Padu Hannah Rap

Beberapa peminat mereka turut memberi komen dengan berasa kagum melihat bakat Hannah menyanyi rap dengan begitu smooth.

Mereka juga sempat memuji pasangan ini yang terlihat romantik walaupun tidak selalu mengunggah kemesraan di media sosial.

Comel lah korang dua ni

Ketika ini, Hannah Delisha dan suaminya, Imam Shah telah digandingkan dalam satu rantaian drama bertajuk Rindu Salah Alamat.

Dalan drama tersebut mereka berdua dipasangkan sebagai suami isteri dan sebelum ini Hannah mengakui bahawa lakonan terbaibt merupakan gadingan pertama mereka dalam drama di Malaysia.

Sumber: imamemy

 

Artikel sebelum ini :

“Hannah Tunggu 5 Tahun Untuk Jejaka Impian”

Pelakon Hannah Delisha selamat melangsungkan pernikahan dengan pasangannya, Imam Shah di Singapura. Berita gembira itu dikongsikan Hannah sendiri menerusi laman Instagram yang memaparkan foto dia bersama Imam Shah lengkap berbusana pengantin.

Malah, pernikahan pasangan ini tidak diketahui umum kerana masing-masing tidak buka mulut sehinggalah tarikh majlis pernikahan mereka.

Dia sangat menjaga privasi.

Memetik laporan Kosmo, pengurus kepada pelakon cantik itu iaitu Dura Aiman memaklumkan Hannah Delisha akan berkongsi kenyataan media secara terperinci berkenaan perkahwinan mengejut itu.

Macam saya cakap tak semua perkara saya boleh bercakap mewakili pihaknya. Bagi masa sedikit. Hannah dan Imam sudah rancang berkahwin sejak 5 tahun lepas.

Majlis dihadiri keluarga

Tambah pengurus itu lagi, majlis pernikahan pasangan mempelai ini hanya diadakan dalam skala kecil dan dihadiri oleh ahli keluarga sahaja.

Majlis berkenaan ringkas dan kecil serta hanya dihadiri oleh keluarga terdekat saja. Cuma, saya tidak boleh berkongsi lebih lanjut kerana pihak pengurusan tidak terbabit dalam perkara ini.

Kami dimaklumkan mengenai majlis nikah pada hari ini, cuma menurut Hannah, dia sendiri akan berkongsi butiran lanjut.

Sumber: Kosmo

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*