Uncategorized

Wow Laku Keras! Tudung Fazura Sold Out Dalam Tempoh 4 Jam – “Tup Tup Dah Habis, Orang Lain Pun Nak Pakai Raya Juga”

Pukul 3 lancar, pukul 7 sudah licin! Rezeki berpihak kepada pelakon jelita Nur Fazura yang mampu menghela nafas lega apabila tudung rekaannya terjual habis dalam tempoh empat jam sahaja.
Menerusi kemaskini akaun rasmi Instagram Fazbulous (@fazbulouscom), tudung square scarves yang diberi nama Jauharah itu mendapat sambutan luar biasa selepas dilancarkan pada Rabu.

“Darlings, our Jauharah Square Scarves are sold out!! Thank you so much everyone for your tremendous support today. We hope you love your purchases.
“In the meantime, you can also buy from our beloved PS.

“InsyaAllah we will be working on the restock in a week’s time. We apologise for any inconvenience caused,” tulis pengendali akaun itu.

Ekoran daripada kehabisan stok, ramai yang cemburu apabila tidak berjaya mendapatkan tudung keluaran pelakon pujaan ramai itu.
“Tadi buka web jammed,” kata seorang pengguna.
“Siapa beli banyak-banyak? Beli satu dah la. Orang lain pun nak beli juga pakai raya,” tambah individu lain.

“Eh baru nak tengok, habis dah? Kome ni idokke kojer?” soal pengguna lain hampa.
“Adoi, dah lah buka web dia jem. Tup-tup dah habis. Nak pakai raya pun tak sempat ni,” sahut individu lain pula.

“Baru 5 minit nak proceed bayar dah sold out.. padahal dah standby before 3 pm. Terus sambar warna lain,” kata pengguna lain pula teruja.

Siri tudung Jauharah Square Scarves itu dihasilkan dari fabrik kapas dan crepe serta direka sendiri Fazura untuk kegunaan harian. Jauharah dilengkapi mutiara pada bahagian bucunya, ironi dengan makna koleksi itu sendiri.
Siri tudung Jauharah dihasilkan dalam lebih 26 seleksi warna dan dijual dengan harga serendah RM25 setiap satu.

Sumber : https://gempak.com/berita-terkini/wow-laku-keras-tudung-fazura-sold-out-dalam-tempoh-4-jam-tup-tup-dah-habis-orang-lain-pun-nak-pakai-raya-juga-49526.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *