Anak2 selama lompat atas kereta BMW, tetapi respon Dr Muszaphar ini menghairankan segelintir ibu bapa Hahaha..

Kini mempunyai enam cahaya mata, ramai ibu bapa menjadikan angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar sebagai contoh dalam membesarkan anak-anaknya.

 

Baru-baru ini, Dr Muszaphar ada memuat naik video kedua anak kembarnya iaitu Adam dan Noah melompat daripada satu kereta ke sebuah kereta yang lain.

Lebih mengagumkan, Dr Muszaphar dengan penuh sabar menyuruh anak-anaknya berhenti melompat dan turun daripada kereta menjadi perhatian netizen.

Rata-rata netizen memuji Dr Muszaphar yang tetap sabar dalam mendidik anak-anak meskipun tahu tindakan kedua kembar tersebut boleh memberi kesan pada keretanya.

Tidak kurang juga, ada yang membandingkan cara mereka mengasuh anak-anak dengan mengatakan mereka mungkin tidak boleh bersabar dan kekal tenang jika berada di tempat Dr Muszaphar.

Dalam pada itu, Dr Muszaphar memaklumkan cermin depan keretanya retak disebabkan aktiviti melompat anak-anaknya itu.

 

Dr. Sheikh Muszaphar dan Dr. Halina telah mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010 dan telah dikurniakan enam orang cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha, kembar lelaki, Sheikh Adam dan Sheikh Noah serta kembar sepasang diberi nama Sheikh Eusoff dan Sophea Emelia.

 

Artikel Sebelum Itu,

Bayi kembar kedua buat Dr Sheikh Muszaphar, isteri.

PUTRAJAYA: Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha, menerima kelahiran anak kembar buat kali kedua, kelmarin.

 

Dalam perkongsiannya menerusi laman Instagram, Dr Sheikh Muszaphar berkata, pasangan kembar lelaki dan perempuan itu dilahirkan di Pusat Perubatan Sunway.

Dr Sheikh Muszaphar berkata, bayi kembar berkenaan masing-masing dilahirkan selang seminit iaitu pada jam 9.47 pagi dan 9.48 pagi.

 

“Bayi lelaki yang dilahirkan pada jam 9.47 pagi itu dengan berat 2.26 kilogram (kg), manakala bayi perempuan dengan berat 2.17 kg.

 

“(Muka) Kedua-dua kembar ini dilihat sama seperti anak kami yang lain, namun terlalu awal untuk mengetahui.

 

“Tiada tidur untuk Dr Halina (isteri beliau, Datin Dr Halina Mohd Yunos) kerana beliau perlu menyusukan pasangan kembar setiap dua jam,” katanya dalam perkongsian berkenaan.

 

Dr Sheikh Muszaphar menyatakan, ini bukanlah pengalaman pertama buat mereka untuk menjaga bayi kembar kerana sebelum ini sudah merasainya ketika kelahiran anak ketiga dan keempat sebelum ini.

“Kami dah lalui pengalaman sebegini sebelum ini, kembar akan lapar dalam masa yang sama, waktu tidur yang sama dan enggan berpisah.

 

“Mereka hanya (mahu) tidur jika bersama, itulah keindahan pasangan kembar,” katanya.

 

Sementara itu, dalam perkongsian lain di laman Instagram, Dr Sheikh Muszaphar turut berkongsi video pasangan kembar itu selepas beberapa minit baru dilahirkan dan masih disaluti dengan vernix.

 

“(Vernix) itulah yang memberikan bau yang menyenangkan kepada semua bayi yang baru dilahirkan.

 

“Sudah dua hari kami berada di hospital dan kami cuba menyentuh kulit kembar sebanyak mungkin kerana ini adalah masa kritikal merangsang perkembangan deria suara dan sentuhan kita.

 

“Sebilangan besar bapa tidak terbabit sama dalam masa berharga ini dan menyerahkan sepenuhnya kepada pasangan.

 

“Seharusnya si bapa ada pada masa berharga ketika ini seperti memujuk, menukar lampin dan pelbagai lagi supaya anak merasakan kehadiran orang tersayang serta akan memberi manfaat pada masa jangka panjang,” katanya.

Menerusi perkongsian itu, Dr Sheikh Muszaphar turut meminta cadangan pengikut Instagramnya untuk memberikan nama yang mempunyai pangkal abjad yang sama.

 

Dr Sheikh Muszaphar, 48 tahun, dan Dr Halina, 39 tahun, mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010.

 

Hasil perkahwinan itu, mereka sudah dikurniakan empat cahaya mata iaitu Sophea Isabella, 9 tahun, Sophea Natasha, 7 tahun, dan anak kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah, berusia tiga tahun.

Sumber : https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2020/11/756902/bayi-kembar-kedua-buat-dr-sheikh-muszaphar-isteri.

 

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*