“Jawapan Yang Selama Ni Korang Tunggu,” – Tunjuk Hasil Ujian Kit Kehamilan, Instagram Kak KM Dihujani Ucapan Tahniah!

Usahawan Liana Rosli atau lebih mesra disapa Kak KM berkongsi berita mengenai kehamilannya, malam Khamis.

Berita gembira itu dikongsikan anak kepada pelakon, Normah Damanhuri itu menerusi satu hantaran terkini di Instagram.

“Nah jawapan yang selama ni korang tunggu #BabyKM,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

 

Di dalam video, Kak KM dirakam menunjukkan hasil kit ujian kehamilan sambil disambut jeritan tanda teruja dan gembira.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat mengucapkan tahniah di atas perkongsiannya itu.

Sehingga kini, video tersebut sudah pun meraih hampir 90,000 tontonan.

Foto: Instagram Liana Rosli

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*