“Kesian dia 7 bulan je merasa ada pak..” Rita Rudaini sambut hari jadi anak

Pelakon popular Rita Rudaini menyambut ulang tahun kelahiran anak keduanya, Airit Qaqa Arjuna yang ke-9 dengan berkongsi sebuah posting video di laman Instagram.

Menerusi rakaman berdurasi 30 saat tersebut, pelakon berusia 45 tahun itu melakukan kejutan dengan membawa dua kepingan kek sebelum menyanyikan lagu ‘Happy Birthday’ untuk anaknya.

Hero ibu

Anak sulung Rita iaitu Airit Rayyan Rizqin turut memberikan ucapan istimewa sebelum menyuapkan kek berkenaan kepada si adik dengan penuh kasih sayang.

Video :

“Semoga adik jadi pandai dalam pelajaran, solat jangan tinggal & bawa mommy dan Rayyan masuk syurga,” katanya.

Posting tersebut mengundang pelbagai reaksi peminat dan pengikut pelakon drama Ketupat Rendang Brownies Coklat itu dimana segelintir individu mengucapkan selamat hari lahir kepada Arjuna.

Selain itu, rata-rata meluahkan rasa sebak apabila mengenangkan pengorbanan Rita sebagai ibu tunggal dalam mendidik dan membesarkan cahaya mata seorang diri.

Sukanya tengok, pandai Rita didik anak

‘Happy birthday ensem boy’!

Sulung tu sebijik muka ayahnya…

Malah, Rita turut membalas satu komen warganet berkongsi rasa simpati terhadap anaknya yang membesar tanpa kasih sayang seorang bapa.

“Kesian 7 bulan je merasa ada pak (bapak)” – Rita

Terdahulu, Rita mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak Aidil Zafuan pada 2008, namun bercerai pada September 2013. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua anak lelaki berkenaan.

Sumber: Instagram Rita Rudaini

via ohmymedia

 

Artikel Sebelum itu

 

Netizen Rita Rudaini gigih DIY surau sendiri, Lihat Hasilnye…

Bulan Ramadan adalah bulan bagi semua umat Islam mengejar pahala dan mengerjakan amal ibadah.

Waktu siang diluangkan dengan bekerja manakala waktu malam pula dipenuhi dengan ibadah sunat seperti menunaikan solat tarawih, membaca al-Quran serta Qiamullail.

Sama ada di rumah atau masjid, masing-masing mempunyai pilihan sendiri dalam menunaikan ibadah kepada Allah SWT.

Bagi individu yang selesa beribadah di rumah, sudah tentu ada memasang impian untuk memiliki ruang beribadah khas di rumah, bukan?

Begitulah seperti yang dilakukan oleh selebriti jelita Rita Rudaini di mana menyediakan surau khas untuk beribadah di rumahnya.

Namun, apa yang hebatnya tentang pemilik nama Rita Rudaini Mokhtar itu ialah dia telah menyiapkan suraunya sendiri secara DIY tanpa bantuan sesiapa pun!

Projek DIY surau Rita Rudaini

Menerusi perkongsian di laman sosial Instagram, pelakon berusia 45 tahun itu berkongsi usahanya itu kepada pengikutnya beserta sekeping gambar.

 

“Sisturr siapkan mini surau untuk kami anak-beranak belajar mengaji, solat, baca Quran dan dengar ceramah ustaz dalam YouTube. 
“Sisturr cat balik bilik ni.. Dulu bilik tamu.. Lepas tu jadi bilik study, sekarang jadi mini surau’,”jelasnya.

Di samping itu, Rita berkongsi beberapa video memaparkan dirinya sedang gigih mengecat dan mengubah suai sebuah bilik di rumahnya untuk dijadikan tempat mini surau.

 

“Abaikan seluar sisturr. Terduduk ataih cat…ni la hobi sisturrr.. Perempuan lain sibuk cat muka.. Sisturr sibuk cat dinding,” tulisnya lagi.

Biarpun semua kerja itu dilakukannya sendirian, bintang drama Shah Alam 40K itu tetap ceria dan bertenaga di samping menyatakan mengecat rumah merupakan satu hobi baginya.

Semua benda dia pandai.. Hebat!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut meluahkan rasa kagum dengan kegigihan dan idea kreatif wanita bergelar ibu tunggal itu.

Bangga tengok Rita

Respect Rita, semua benda buat sendiri

Ibu tunggal je tahu kesukaran bergelar ibu tunggal

Hebat semoga menjemput barakah

Terdahulu, Rita mendirikan rumah tangga bersama pemain bola sepak negara, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak.

Namun jodoh mereka tidak berpanjangan setelah bercerai pada tahun 2013.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki diberi nama Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.

Sumber: Instagram Rita Rudaini

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*