Neelofa Perjelaskan Apa Yang Terjadi Dan Swarovski memadam semua respon mereka terhadap netizen mengenai status kontrak Neelofa

Usahawan dan selebriti terkenal, Noor Neelofa menjelaskan kontraknya bersama jenama aksesori perhiasan did terkenal, Swarovski sebenarnya sudah berakhir sejak Disember lalu.
Bagaimanapun, hubungannya bersama jenama tersebut kekal balk dan senang dengan situasi sedemikian.

“Salam. My contract with Swarovski did end back in December 2020 but we still have a good relationship and will remain that way. Hope this clarifies,” jelasnya.


Pendedahan tersebut dikongsikan pengacara program Islam4 NTN itu menerusi satu ciapan di Twitter, hari ini.

Terdahulu, Swarovski membuat satu ciapan di laman Twitter memaklumkan pihaknya sudah tidak lagi bekerjasama dengan Neelofa.

Ciapan tersebut adalah respon kepada seorang pengguna Twitter yang bertanya perihal status isteri kepada pendakwah bebas, PU Riz itu sebagai wajah wakilan jenama tersebut sejak 2017.

Individu itu menerusi sebuah posting mengulang kicau berita mengenai selebriti berusia 32 tahun itu yang dikenakan k0mpuan beberapa lalu, akibat melan.ggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menurutnya, mana-mana bintang di Korea Selatan akan ditam4tkan kontrak menjadi duta kepada sesebuah jenama tertentu sekiranya melakukan kesal4han sama seperti Neelofa.

Terdahulu, persalinan rona putih yang dikenakan Neelofa pada hari perkahwinannya, turut menggunakan lebih 5,000 butir perincian Swarovski.

Malah, tetamu yang hadir turut selain diraikan oleh ‘doorgift’ daripada jenama tersebut selain produk tajaan lain.

Sumber : Mediahiburan

 

Artikel Sebelum ini

Selepas Dik0mpaun Kerana Langg4r SOP, Syarikat Barangan Kemas Berjenama Umum Bat4l Kontrak Dengan Neelofa


Swarovski mengesahkan bahawa mereka tidak lagi bekerjasama dengan selebriti tersebut menerusi laman Twitter rasmi milik mereka.

Nampaknya kisah selebriti dan usahawan terkenal iaitu Neelofa yang melang.gar SOP ketika majlis pernikahan dan merentas negeri ke Langkawi tidak berakhir lagi, walaupun sudah dik0mpaun sebanyak RM60,000, namun netizen masih lagi hang4t memperkatakan mengenai perkara itu.

Terbaharu, tular pula di media sosial mengenai kenyataan sebuah syarikat barang kemas berjenama Swarovski yang sebelum ini menaja busana pernikahan Neelofa, mengesahkan bahawa mereka tidak lagi bekerjasama dengan selebriti tersebut menerusi laman Twitter rasmi milik mereka.

Menurut ciapan salah seorang pengguna di Twitter, individu tersebut membandingkan situasi terbabit dengan negara Korea, di mana selebriti yang mencalarkan imej atau terpalit kontroversi akan ditamatkan kontrak serta merta dan mahu perkara itu turut sama dilakukan oleh pihak Swarovski.

Tidak berdiam diri, syarikat barangan kemas yang popular di serata dunia itu membalas ciapan individu tersebut memberitahu bahawa mereka sudah tidak lagi bekerjasama dengan selebriti terbabit.

Namun setakat 30 April 2021, pihak Swarovski nampaknya sudah memadam semua respon-respon mereka terhadap netizen mengenai status kontrak Neelofa, tidak pasti mengapa, sama-sama kita nantikan kenyataan dari pihak Swarovski dan Neelofa.



Untuk rekod, Neelofa telah menjadi wanita berhijab pertama di dunia yang muncul sebagai penghias billboard berjenama mewah Swarovski sejak 2017, malah busana nikahnya pada Mac lalu juga turut ditaja oleh mereka dengan 5,000 butir batu kristal Swarovksi.

Malah, laman sosial Twitter Swarovski juga dibanjiri dengan pertanyaan netizen mengenai status kontrak selebriti tersebut dan ada yang mahu mereka menggantikan Neelofa dengan duta baharu iaitu Fazura.

Sumber : Twitter Swarovski

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*