Cari jodoh Azal, Zarina Zainuddin rela ‘gajikan’ menantu kahwini anak ‘autisme’

Pelakon Zarina Zainuddin menawarkan mahu membayar gaji kepada mana-mana wanita yang sanggup berkahwin, menjaga, mengurus dan membahagiakan anak kembar istimewanya iaitu Muhammad Razli Azral atau Azal, 25.

 

Memetik temubual bersama Media Hiburan, pelakon berusia 51 tahun itu mendedahkan sanggup berbuat demikian selepas adik kembar kepada Muhamad Razil Azral atau Azil, 25, yang juga autisme pernah menyatakan niat untuk berkahwin.

 

Mahu ‘gajikan’ menantu terima anak seadanya.

Kalau ada orang boleh jaga dan bahagiakan dia, saya sanggup bayar duit dan gajikan setiap bulan. Sekarang susah nak dapat orang yang ikhlas.

“Manalah tahu orang tu tak nak ‘free’ saja. Ditambah dengan keadaan anak saya yang macam ini, adakah yang sanggup?,” luahnya.

Sanggup pergi melamar bakal isteri anak

Menurut bintang drama ‘Bidadari Kiriman Tuhan’ itu, Azal tergolong dalam ‘mild autisme, berbanding abangnya, Azil yang memerlukan pengambilan ubat.

 

“Azal ni kategori ‘mild autisme’. Jadi, boleh buat sama saja macam orang lain. Saya sanggup pergi melamar orang itu jika ada yang betul-betul nak dengan dia.

“Kita kena berkorban juga untuk orang yang sanggup berkorban untuk anak kita. Bagi saya, itu tak salah kalau bagi dia gaji sekalipun. Sebab dia pun nak ada kehidupan dan beli apa yang dimahukan,” jelasnya lagi.

Zarina berkahwin dengan Dato’ Sri Dr. Abu Raihan Wan Jaafar pada 13 Julai 1993.

 

Mereka dikurniakan 4 orang anak lelaki iaitu Muhammad Adam Azrai Abu Raihan, Muhammad Naim Azrai Abu Raihan, Muhammad Raizal Azrai Abu Raihan (Azal) dan Muhammad Razil Azrai Abu Raihan (Azil).

Dua daripada empat anaknya itu menghidap autisme.

 

Sumber: Media Hiburan.

Article sebelumnya,

“Memang Azal Yang Muat Naik, Bukan Saya…” – Zarina Zainuddin Mohon Maaf Kepada Rakan Artis.

Pelakon Zarina Zainuddin menafikan tuduhan segelintir wargamaya yang mengatakan dia memuatnaik hantaran Instagram (IG) di laman sosial anaknya, Azal Azrai.

 

Azal baru-baru ini memuat naik hantaran mendakwa beberapa orang selebriti melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika hadir ke majlis perkahwinan Neelofa dan PU Riz, baru-baru ini.

“Memang Azal Yang Muat Naik, Bukan Saya…” – Zarina Zainuddin Mohon Maaf Kepada Rakan Artis.

“Memang Azal Yang Muat Naik, Bukan Saya…” – Zarina Zainuddin Mohon Maaf Kepada Rakan Artis

Pelakon Zarina Zainuddin menafikan tuduhan segelintir wargamaya yang mengatakan dia memuatnaik hantaran Instagram (IG) di laman sosial anaknya, Azal Azrai.

 

Azal baru-baru ini memuat naik hantaran mendakwa beberapa orang selebriti melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika hadir ke majlis perkahwinan Neelofa dan PU Riz, baru-baru ini.

 

“Bukan saya yang memuat naik hantaran itu. Tapi memang Azal sendiri…Tengoklah Bahasa Inggeris yang dia gunakan.

“Saya ni mana pandai nak tulis-tulis macam tu. Lagipun IG Azal memang dia yang kendalikan sendiri.

“Saya sendiri nak kadang-kadang tak sempat nak memantau kerana sibuk dengan kerja,” katanya yang hanya menyedari mengenai perkara tersebut selepas diberitahu ditag peminat di hantaran berkenaan.


Bagaimanapun Zarina memohon maaf kepada rakan-rakan selebriti yang tersinggung dengan perbuatan anak istimewanya itu.

“Saya mohon maaf kepada rakan-rakan semua. Azal memang sering menulis dan bercakap mengikut kata hati.

“Apa yang dia nampak itulah yang dia akan tulis. Dia anak yang jujur tidak tahu nak bercakap berpusing-pusing.

Jadi, kalau ada benda yang dirasakannya tak betul, dia akan cakap secara terus,” katanya.

Baru-baru ini Azal memuat naik foto beberapa selebriti tanah air dan mendakwa mereka melanggar SOP.

Zarina ditemui ketika Majlis Sidang Media Starvendors di World Trade Centre (WTC), Kuala Lumpur pada petang Rabu.

Sumber : https://gempak.com/berita-terkini/memang-azal-yang-muat-naik-bukan-saya-zarina-zainuddin-mohon-maaf-kepada-rakan-artis-49386

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*