“Anak Dah Besar, Mak Makin Cantik” 12 Tahun Barlalu Nora Danish Tetap Cantik

12 tahun berlalu tapi Nora Danish tetap maintain cantik dan awet muda, apa agaknya rahsia dia ya?

Biasanya kita ni makin lama makin berusia dan bila usia dah bertambah mesti wajah pun akan nampak lain.

Tetapi tidak bagi pelakon Nora Danish yang kini dilihat semakin cantik walaupun sudah memiliki dua prang cahaya mata.

Terkini, Nora ada kongsikan foto throwback menunjukkan dirinya bersama anak pertamanya iaitu Putra Rayqal yang mana ketika itu beliau berusia 27 tahun.

Namun, hakikatnya wajah Nora tidak jauh beza kerana beliau masih lagi kelihatan cantik, malah bertambah jelita.

Apa yang lebih menarik lagi ialah ada antara peminat Nora turut meminta ‘tutorial makeup’ smokey eyes yang digayakan olehnya pada 12 tahun lalu.

Nampaknya Nora ni betul-betul awet muda, apa Iah agaknya rahsia Nora maintain cantik ya?

Untuk makiumat kini pelakon berusia 39 tahun itu masih lagi ulang alik dari rumah ke hospital bagi menjaga anaknya, Rayqal yang kini sedang menerima rawatan di sana.

Semoga Rayqal balk-balk sahaja.

Sumber foto: Instagram Nora Danish & hotfm

 

Artikel Sebelum ini

Nora Danish kejar saham akhirat, baca al-Quran 20 muka surat sehari

Kedatangan bulan Ramadan yang dijanjikan pelbagai keistimewaan dan kenikmatan disambut penuh keterujaan oleh umat Islam.

Tidak terkecuali bagi pelakon, Nora Danish yang turut mengejar saham akhirat dengan melakukan pelbagai amal ibadah termasuk mengaji al-Quran.

Menerusi laporan Kosmo! Online, pelakon berusia 39 tahun itu meluahkan rasa teruja apabila berjaya khatam al-Quran pada Ramadan tahun lalu yang dianggap sebagai satu pencapaian luar biasa.

 

“Saya anggap kejayaan khatam al-Quran pada tahun lalu sebagai satu pencapaian besar dalam hidup. Insya-Allah pada bulan puasa tahun ini saya menyimpan niat untuk melakukan perkara sama.

“Bagi saya macam mana buruk pun kita, bulan Ramadan ialah masa untuk seseorang itu mendekatkan diri dengan pencipta-Nya,” katanya.

Pelakon drama Bougainvillea itu berkata, dia sudah lama berhasrat untuk khatam al-Quran selain amalan tersebut turut disertakan dengan niat sedekah kepada arwah bapanya.

“Alhamdulillah jalan itu dipermudahkan. Allah bukakan hati saya untuk mengaji setiap hari. Selepas solat fardhu..

“…saya akan gunakan kesempatan membaca al-Quran sehingga 20 muka surat atau lebih setiap hari,” ujarnya.

Sumber: kosmo

Via https://ohmymedia.cc/nora-danish-kejar-saham-akhirat-baca-al-quran-20-muka-surat-sehari/.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*