“Cinta Mereka Kecundang Dalam Satu Tragedi Pahit,” – Seandainya Kau Ada, Di Astro First

Meski pawagam kini sudah kembali beroperasi sejak 5 Mac lalu, namun penerbit Fadzil Teh tetap memilih platform Astro First untuk menayangkan filem pertama arahannya bersama Chad Abdul Rahman, Seandainya Kau Ada.

 

Kata Fadzil yang sudah 20 tahun berkecimpung di arena seni, dia nekad dengan keputusan itu selepas mempertimbangkan banyak faktor.

Filem pertama produksi Zeel Production itu dibintangi Fendy Bakry, Ruhainies, Raysha Rizrose, Aidit Noh, Rozita Che Wan, Fauziah Nawi, Shah Iskandar dan Scha Elinnea akan mula ditayangkan di platform berbayar itu bermula 29 April ini.

Semestinya saya mahu filem pertama ini ditayangkan di pawagam. Itu lebih afdal. Namun selepas melihat situasi pandemik COVID-19, saya mula berkira-kira.

 

“Di saat sekarang, penonton mula duduk di rumah dan hampir 200 peratus penonton memilih Astro First sebagai platform menonton filem di rumah.

Oleh yang demikian, kami nekad dengan keputusan itu. Gementar juga menanti reaksi dan sambutan,” katanya.

 

Tambah Fadzil lagi, keputusan itu juga didorong dengan jalinan kerjasama baik yang sudah terjalin dengan saluran berkenaan.

Malah sudut promosi dilakukan juga sangat baik. Di samping situasi pawagam yang belum pulih sepenuhnya,” katanya.

Katanya, penggambaran filem tersebut bermula sekitar awal Januari hingga Februari tahun lalu selama 40 hari.

 

“Kami bertuah kerana penggambaran berlangsung sebelum wabak melanda dunia itu mengganas dan sebelum Perintah Kawalan Pergerakan pertama dikuatkuasa.

 

“Penggambaran dilakukan di KL, Perlis, Terengganu, Tashkent Uzbekistan serta kota Makkah dan Madinah.

 

“Sewaktu penggambaran berlangsung, menariknya setiap warga kerja produksi diminta memberikan input dan idea untuk mencantikkan hasil filem ini,” katanya lagi.

Filem ini dinspirasikan daripada novel judul sama terbitan Buku Prima nukilan Kamsiah Abu.

Ia mengisahkan Syahirah lakonan Raysha yang menjalankan hubungan cinta sejak dari kecil bersama Fazlur (Fendy) hinggalah Fazlur menlanjutkan pelajaran ke luar negara.

 

“Bagaimana pun, cinta mereka kecundang dalam satu tragedi pahit dan Fazlur tidak mengahwini Syahirah. Syahirah pergi membawa diri ke Uzbekistan dengan belenggu masa silam.

 

“Sementara Fazlur mengahwini Rozita (lakonan Ruhainies) dan membuat penderaan mental dan fizikal terhadap Rozita. Namun cinta Fazlur terhadap Syahirah tak pernah padam,” katanya.

Sumber : https://www.mediahiburan.my/cinta-mereka-kecundang-dalam-satu-tragedi-pahit-seandainya-kau-ada-di-astro-first/?fbclid=IwAR0tmKI-OJ9r6TZckflvna8PvurRLrnHtvJ4MjRzKw8pm5EKdh24oCM-vPA.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*