Neelofa ucap hari lahir, suami balas “Moga hidup berkat, love you sayang!”

Usahawan dan selebriti popular, Neelofa membuat dedikasi istimewa di laman Instagram sempena ulang tahun kelahiran suaminya Haris Ismail atau PU Riz yang ke-26 tahun.

Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd Noor memuat naik sekeping gambar mereka berdua berserta ucapan mendoakan yang terbaik dalam kehidupan pendakwah bebas tersebut.

 

To the wonderful man I love, Happy Birthday!

Gambar sedondon dalam persalinan berwarna biru gelap itu meraih hampir 400,000 tanda suka selain dihujani ribuan komen peminat dan pengikut yang turut mengucapkan selamat hari lahir kepada Haris.

Bagaimanapun, respon Haris atau nama penuhnya Muhammad Haris Mohd Ismail lebih menjadi tumpuan ramai apabila meninggalkan komen pada posting berkenaan.

Bersemut’ ke tidak?

Berikutan itu, rata-rata ‘berkampung’ di ruangan komen tersebut dengan menyifatkan bekas peserta program Pencetus Ummah adalah ‘sweet’ dan romantis terhadap pasangan.

Terdahulu, pasangan berkenaan selamat diijabkabulkan pada 27 Mac lalu dalam sebuah majlis tertutup di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.

Sumber: Instagram Neelofa.

Via https://ohmymedia.cc/neelofa-ucap-hari-lahir-suami-balas-moga-hidup-berkat-love-you-sayang/?utm_source=fb_page&utm_campaign=publer&utm_medium=Oh+My+Media&fbclid=IwAR3HP0btfz_GWk_GBaiRWaYG9jvVhUmvAI3_33fDc7aq6my3Gj7GdwYPRHw.

 

Artikel Sebelumnya,

Neelofa Perjelaskan Apa Yang Terjadi Dan Swarovski memadam semua respon mereka terhadap netizen mengenai status kontrak Neelofa.

 

Usahawan dan selebriti terkenal, Noor Neelofa menjelaskan kontraknya bersama jenama aksesori perhiasan did terkenal, Swarovski sebenarnya sudah berakhir sejak Disember lalu.

Bagaimanapun, hubungannya bersama jenama tersebut kekal balk dan senang dengan situasi sedemikian.

“Salam. My contract with Swarovski did end back in December 2020 but we still have a good relationship and will remain that way. Hope this clarifies,” jelasnya

Pendedahan tersebut dikongsikan pengacara program Islam4 NTN itu menerusi satu ciapan di Twitter, hari ini.

 

Terdahulu, Swarovski membuat satu ciapan di laman Twitter memaklumkan pihaknya sudah tidak lagi bekerjasama dengan Neelofa.

Ciapan tersebut adalah respon kepada seorang pengguna Twitter yang bertanya perihal status isteri kepada pendakwah bebas, PU Riz itu sebagai wajah wakilan jenama tersebut sejak 2017.

 

Individu itu menerusi sebuah posting mengulang kicau berita mengenai selebriti berusia 32 tahun itu yang dikenakan k0mpuan beberapa lalu, akibat melan.ggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

 

Menurutnya, mana-mana bintang di Korea Selatan akan ditam4tkan kontrak menjadi duta kepada sesebuah jenama tertentu sekiranya melakukan kesal4han sama seperti Neelofa.

Terdahulu, persalinan rona putih yang dikenakan Neelofa pada hari perkahwinannya, turut menggunakan lebih 5,000 butir perincian Swarovski.

Malah, tetamu yang hadir turut selain diraikan oleh ‘doorgift’ daripada jenama tersebut selain produk tajaan lain.

 

Sumber : Media Hiburan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*